Khamis, April 14, 2011

Jom kenali Pengunjung ke 50,000.


Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah genap 3 tahun blog ini wujud dan kiraan bermula 3 April 2009 menunjukkan angka yang ke 50,000 pada hari ini. Takde la hebat mana pun kerana, bagi blog-blog yang hebat nak capai angka 50,000 hanya ambil masa tak sampai 2 bulan. Ini 2 tahun baru dapat 50,000.

Namun begitu penghargaan harus diberikan kepada pengunjung yang ke 50,000 seperti yang telah dijanjikan dalam entri ini. Header blog pengunjung bertuah itu seperti dalam gambar diatas. Jom kita serbu ramai-ramai melihat blog Masker Linda.

Untuk makluman, pemilik blog Masker Linda, menggunakan id AzMask seorang ibu beranak 1 dan berasal dari daerah yang kecoh minggu ini kerana ikan Patin 13k Temerloh, Pahang. Meminati Afdlin Shauki dan Mamat Khalid serta mempunyai kegemaran mencuba sesuatu yang baru. Beliau juga merupakan pengunjung tetap disini sejak blog ini dibuka kembali pada awal Januari 2011.

Nak cerita lebih-lebih pun tak guna, hadiah pun dah diterimanya dan tanpa melengahkan masa jom kita terjah blog ibu beranak satu ni. Sesuai untuk bacaan semua peringkat umur dan turut tersenarai di bloglist Mazidul Akmal Sidek. Jom ke Masker Linda.

3 ulasan:

  1. tak sangka lama dah en.azwan berblog :)

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada pemenang...
    Jom ramai-ramai serbu blog Masker Linda.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...