Khamis, April 14, 2011

Mengupas kebenaran disebalik video soya.


Assalamualaikum WBT,

Banyak desas-desus tentang video soya yang disiarkan di Youtube. Secara peribadi saya juga tidak bersetuju mengatakan yang si penjual itu meludah ke dalam air soya kerana rakaman yang dibuat tidak jelas dan kabur. Ada juga yang mengatakan si penjual menunduk untuk menghembus kedalam bungkusan soya tersebut.

Menghembus juga adalah satu perkara yang salah bagi penjual minuman. Dalam Islam sendiri ada menegah untuk meniup atau menghembus kedalam minuman. Hembus punya hembus, pasti terpercik juga setitik dua air liur masuk kedalam bungkusan soya tersebut.

Setelah membuat pemerhatian sendiri selama 3 hari berturut-turut saya dapati penjual soya tersebut tiada lagi berniaga dilokasi yang dimaksudkan. Hari pertama (Selasa) saya pergi dan bertanya pada peniaga yang ada berdekatan dan dia mengatakan hari terakhir dia nampak si penjual soya ialah pada hari Ahad. Hari ini saya mendapat info dan sempat merakam gambar diatas, penjual soya itu adalah seorang perempuan Indonesia. Baru sahaja berniaga soya disitu dalam tempoh lebih kurang sebulan. Dan mungkin bila mendapati video mengenainya tersebar hingga ke hari ini tidak muncul lagi untuk berniaga disitu.

Namun, kebenaran disebalik video itu masih belum terjawab. Adalah sesuatu yang mustahil untuk si penjual soya meludah kedalam bungkusan soya itu di tempat yang agak terbuka seperti itu. Semoga ada yang akan tampil memberikan jawapan yang munasabah samaada si perakam aksi penjual soya itu ataupun di penjual soya sendiri.

9 ulasan:

  1. kau dah macam ahli Parliman Bangi ni... Hahahaha

    BalasPadam
  2. Nak buat camne. Semua Ahli Parlimen dan ADUN skrg ni sibuk berkempen.

    BalasPadam
  3. Kadang-kadang isu macma ni bagus jugak didedahkan..sebagai peringatan untuk pembeli dan penjual..pembeli akan jadi lebih berhati-hati manakala penjaul tak boleh buat sesuka hati..

    BalasPadam
  4. erm..
    hanye penjual tu je tau pe dia uat...
    kalau dalah pasal vid tu mesti kesian kat die..

    BalasPadam
  5. ada tengok video tu..memang x jelas dia buat apa tunduk setiap kali mau ikat plastik soya tu...mmm muskil juga..

    BalasPadam
  6. Sebab itu saya sanggup berulang alik ingin berjumpa dan akan menyuruh dia lakonkan kembali apa yang dibuatnya dan saya akan merakamkannya.

    BalasPadam
  7. akak ada jgk tanya..kwn2 pasal benda ni..mrk kata..org indon ni mmg pandai benda2 hembus ni..ada satu kes tu..bibiknya apabila membancuh air minum..akan kemam sudu ke dlm mulut kemudian masukkan ke dlm air minuman tersebut..kononnya supaya semua org dirumah tu jatuh sayang padanya..entah lah..mungkin kes soya tu pun mcm tu lah kot..main hembus2..

    BalasPadam
  8. Tiba-tiba teringat satu kisah seorang ustaz yang beli air dan tiba-tiba bungkusan itu pecah. Kisah berlaku dalam tahun 2005.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...