Rabu, April 13, 2011

Mencari yang ke 50 ribu.


Assalamualaikum WBT,

Untuk makluman pengunjung setia blog ini, esok 14 April genap 3 tahun blog ini dibuka. Dengan posting pertama pada 14 April 2008 dengan 13 entri dibuat pada hari tersebut dan 16 entri untuk bulan tersebut.

Kemudian setiap bulan akan ada sekurang-kurangnya 2 entri setiap bulan sehinggalah bulan Disember dan terkumpul sebanyak 44 entri bagi 2008. Masuk tahun 2009 hanya 31 entri berjaya dibuat yang kebanyakkan di copy dari email yang diterima. Masuk ke tahun 2010, dah semakin malas nak update. Rasa macam nak tutup je. Bila tengok pada statcounter yang mula direkodkan pada tahun April 2009 setiap hari ada sahaja pengungjung yang masuk ke blog ini walaupun tiada entri baru. Rasa macam bersalah yang kemudian membuatkan saya terpaksa menutup sementara blog ini kerana hanya 7 entri sahaja bagi 2010.

Entah mengapa ditahun 2011 keinginan membuka kembali blog dengan entri untuk Januari sahaja sudah menyamai 2010. Dan seterusnya dah pandai berblogwalking dan pengikut sedikit demi sedikit mula bertambah dan dari blog copy paste, kini blog ini jadi blog yang yang 90% adalah hasil penulisan sendiri. Walaupun niat asal mmg taknak copy & paste mana2 artikel, tapi kadangkala perlu juga info yang diterima dari email dikongsi bersama disini. Ini juga sebagai memudahkan saya untuk membuat rujukan kembali jika perlu.

Bila dilihat balik pada statcounter yang mula direkod pada April 2009 jumlah pengunjung unik (UV) bagi tempoh Januari 2011 waktu tempoh blog ini dibuka kembali hingga hari ini meningkat mendadak. Sehingga ke  saat entri ini ditulis sudah ada 29,854 UV yang masuk sejak Januari 2011.Jumlah keseluruhan setakat entri ini ditulis 49,105 . Ini membuatkan saya semakin rajin dan rasa bersalah jika tidak menulis untuk sehari.

Dan kini saya sedang menunggu angka yang ke 50,000 pengunjung ke blog ini. Ada hadiah menarik yang akan saya sediakan. Jadi, untuk pengunjung yang ke 50,000 sila rakam angka tersebut yang berada dibawah kotak shoutbox saya dan boleh emailkan kepada saya azwandengkil@yahoo.com sebagai pengesahan. Jutaan terima kasih buat anda semua yang sudi mengunjungi blog ini dan saya akan pastikan semua yang tercatat disini adalah info serta maklumat yang tepat. Mari kita lihat siapa la yang ke 50 ribu itu ya.

4 ulasan:

  1. Tahniah..kiranya aok ni Otai blogger lah juge yer..

    BalasPadam
  2. Idok la otai mana pun. Sblm ni main copy paste je. Baru start tahun ni belajar2 menulis isi hati. :)

    BalasPadam
  3. wah happy birthday la ye blognya esok..tahniah semoga tambah sukses.amin!

    BalasPadam
  4. Tawaran yang menarik...
    Pasti boleh menarik trafik yang banyak...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...