Isnin, April 11, 2011

Eeeeyyy.. Gelinya.


Assalamualaikum WBT,

Siapa yang tidak kenal dengan aiskrim dalam gambar diatas adalah seperti katak bawah tempurung rasanya. Semua orang kenal dan boleh dikatakan semua orang pernah menikmatinya. Tapi sejak aku mendengar cerita bagaimana kotornya cara penyediaan aiskrim tersebut dan yang menjual pun tidak menitikberatkan kebersihan terus sahaja aku melarang anak-anak aku membelinya. Jika nak makan aiskrim yang dijual oleh penjual aiskrim bermotosikal, beli sahaja yang berbungkus seperti cornetto dan lain-lain.

Kisah diceritakan oleh bapa saudara yang nampak dengan matanya sendiri bagaimana si penjual aiskrim yang dengan selamba berhenti buang air kecil dicelah-celah pokok dan tanpa membasuhnya kemudian terus memegang kon aiskrim tersebut untuk dijual pada kanak-kanak. Bayangkan la ye.... Eeeeyyy..Gelinya. Hehehehe.

Cara pembuatan aiskrim pun kita tak lagi bagaimana. Aiskrim yang berjenama dan dibungkus dengan kemas serta mempunyai pengesahan halal tak perlu kita ragu-ragu untuk menikmatinya. Kerana saya percaya semua orang gemar makan aiskrim dan ada yang obses dengan aiskrim. Namun, sanggup lagi ke nak makan ais krim dalam gambar seperti diatas? Sejak saya mendengar cerita mengenainya nak beli di restoran makanan segera yang ada nama pun saya tak lalu. Kalau anda masih berselera dengan penjual yang bawa motosikal tu, silakanlah. Takde siapa melarangnya. 

13 ulasan:

  1. Pergh.... nasib baik aku jarang makan aiskrim..huhu

    BalasPadam
  2. eeee... gelinya.. Tu belum lagi eskrim roti.. habis satu roti kena pegang sebelum nak sapukan eskrim.

    skang yang jual eskrim bermotor pun dah ramai indon + bangla... yekkk

    BalasPadam
  3. nasib baik akak suka makan aiskerim mahal..heeee,...mmg dr dulu meragui kebersihan..pastu org yg menjual tu pun..entah bangsa apa...

    BalasPadam
  4. "saya sokong seratus peratus...kebersihan mmg menjadi isu utama kalau sy nak membeli mknan..dulu2 kalau ank2 nak beli sy tak kisah,sampai satu hari sy tgk sendiri kuku hitam penjual tu naik geli tekak nak telan.."

    BalasPadam
  5. mmmm mmg x lalu klu tgk penjual nya yg jarang menitik berat kan kebersihan....

    BalasPadam
  6. Ada ke patut penjual aiskrim tak basuh aiskrim..huhu..

    BalasPadam
  7. saya teramat suka makan aiskrim...tapi dah lama x makan ais krim yang pakcik yang bawa motor nie...sebab mak saya kata bukan orang melayu yang jual...banyak orang asing yang jual...

    BalasPadam
  8. sama jugak kisahnya spt rakan saya yg ternampak seorg mamak keluar dari balik signboard iklan/billboard tepi jalan besar sambil membetulkan seluarnya kemudian terus ke lori rojaknya dan memotong bahan2 rojak tanpa sempat membasuh tangan.. barulah saya terfikir sejenak, ye tak ye jugak, kalau dah berniaga tepi jalan besar dr pagi hingga lewat ptg, kat mana nak cari tempat buang air, dan paling penting, di mana dia nak mendirikan solat..??

    BalasPadam
  9. eeiii...geli btul!! weekkk!!

    BalasPadam
  10. Tidak juga, saya ada jumpa mereka yg memang pembersih. Sampai waktu terus solat :D

    Artikel sprt ini boleh menjatuhkan industri ais krim (periuk nasik dia org) sebenarnya.

    BalasPadam
  11. Kili : Betul, bukan semuanya begitu. Dan tujuan saya menulis bukan nak sekat rezeki mereka. Malah sehingga kini saya akan menjerit memanggil motor ais krim yg lalu depan rumah kerana ingin membeli ais krim yg dijual. Dan yang pasti bukan ais krim seperti dalam gambar diatas. Lagipun, isi kandungan ais krim tersebut tidak diketahui dari mana sumber pembuatannya.

    BalasPadam
  12. Bagus artikel macam ni. bukan nak menjatuhkan sesiapa. tapi inilah power of consumer. Dan yang paling penting agar dijadikan tauladan kepada semua peniaga. selagi kita menyokong selagi itulah mereka takkan berubah.

    BalasPadam
  13. Dengan sebab itu saya dan isteri meganbil langkah untuk menghasilkan asikrim mengikut tatacara yang sepatutnya, aiskrim kami yang berjenama ZJ Ice Cream mudah2an dapat menjadi alternatif kepada mereka yang gemar sangat makan aiskrim tapi masih ragu2.

    Buat masa sekarang pasaran hanya sekitar Pasir Gudang, Johor

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...