Khamis, Mac 10, 2011

Zina? Rogol? Ragut? Bogel?

Assalamualaikum WBT,

Pagi-pagi dah keluar tajuk yang siap ada tanda soal. Banyak pulak tu. Sebenarnya saja nak mengheret tuan/puan semua sama-sama berfikir apa punca permasalahan diatas.

Perzinaan yang akhir-akhir ini bagaikan satu kebiasaan sesetengah pasangan. Kejadian rogol yang tiada noktahnya hingga ke hari ini. Kes-kes ragut, curi, pecah rumah dan seumpamanya yang boleh kita baca setiap hari diakhbar-akhbar. Berpakaian tapi bogel dimana-mana sahaja akan kelihatan.

Semua masalah ini adalah berpunca dari kelemahan Iman. Iman yang lemah akan menjadikan seseorang itu dengan senang lenang melanggar larangan Allah SWT. Iman yang kuat akan dapat menjadi benteng kepada berlakunya perkara-perkara diatas dan perkara-perkara lain yang ditegah oleh Allah SWT.

Dengan iman yang kuat, untuk laksanakan perintah Allah akan jadi mudah dan rasa kemanisannya. Tapi dengan iman yang lemah, untuk laksanakan perintah Allah akan jadi susah dan terasa berat serta tidak merasai kemanisannya. Tetapi dengan iman yang lemah, kecenderungan hati untuk melakukan perkara yang ditegah Allah SWT menjadi manis.

Inilah perkara paling utama yang perlu diselesaikan. Ceramah-ceramah serta bahan-bahan bacaan sahaja adalah tidak mencukupi. Dengan iman yang lemah manakan mungkin mereka berminat untuk mendengar ceramah ataupun membaca perkara berkaitan untuk menguatkan iman. Jadi, usaha untuk menguatkan iman perlu dilakukan. Artikel ini dan ini mungkin dapat membantu kita bagaimana hendak menguatkan iman.

Sudah tentu cara yang terbaik adalah seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan menjadi amalan para sahabatnya iaitu jalan dakwah. Dan itulah maksud dakwah yang sebenar. Dakwah adalah untuk menguatkan iman sendiri. Bila iman kuat, maka akan datang kemanisan untuk menjaga solat, mendapatkan ilmu, menjaga zikir, memuliakan sesama Islam yang lain dan lain-lain perkara yang bertentangan dengan kehendak nafsu.

Tahap iman manusia ada lima dan sejauh mana iman yang ada dalam diri kita, kita boleh ukurnya sendiri. Mafhum satu hadis

"Siapa diantara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya (mencegahnya) dengan tangannya (kekuasannya), jika dia tidak sanggup, maka dengan lisannya (menasihatinya), dan jika tidak sanggup juga, maka dengan hatinya(merasa tidak senang dan tidak setuju), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman". (HR Muslim).

3 ulasan:

  1. benar...tanpa iman tiada segala2 nya

    BalasPadam
  2. Salam..

    Iman manusia akhir zaman banyak terpengaruh dengan suasana.. kalau duduk di tempat baik2 (spt masjid), maka keinginan untuk melakukan ibadah dan berbuat baik akan bertambah2.. jika berada di dlm suasana maksiat, maka terasa plak nak buat maksiat..

    Sbb itu kena cari suasana yg baik.. untuk mendidik iman kita.. dan dengar perkataan2 yg baik.. bergaul dgn orang baik..

    Bila kebaikan dah tersebar, orang akan malu nak melakukan maksiat terang2an.. berbeza pada hari ini, manusia malu nak buat baik.. malu nak solat kat masjid.. malu nak baca doa sebelum makan.. malu nak baca al-Quran dalam pejabat dsb.. sedangkan yg buat maksiat spt mengumpat, bergurau senda dengan bukan mahram dsb dipandang sebagai biasa ;)

    BalasPadam
  3. saya setuju dgn ustaz love.....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...