Rabu, Mac 09, 2011

Perempuan pun ada sunat ke?


Assalamualaikum WBT,

"Ayah.. kenapa orang tu puasa? Kan nak raya lambat lagi."
"Angah... mungkin orang tu tengah puasa sunat".
"Ish ayah ni. Orang perempuan pun ada bersunat ke?"
"Eh, bukan yang tu. Itu lain. Tapi dia buat sebab nak dia nak pahala dan Allah sayang dia".

Begitulah melayan kerenah anak-anak yang sedang membesar dan sentiasa banyak sahaja pertanyaannya. 
Adakalanya pertanyaan-pertanyaan itu membuatkan kita jadi rimas. Kenapa pula kita perlu rimas? 

Kita seharusnya menjawab dan melayan setiap pertanyaan anak-anak kita dengan sabar. Sudah tentu mereka tidak tahu. Sebab itulah mereka bertanya. Dan kita kena berikan jawapan kepada mereka dengan jawapan yang betul kerana jawapan itulah yang akan mereka ingat hingga mereka dewasa. 

Kadangkala ada juga soalan yang diberikan oleh mereka adalah soalan cepumas. Sebagai contoh baru-baru ini, saya sekeluarga pergi makan malam di Tasik Idaman , anak saya yang keduanya seperti biasa memang rajin bertanya. "Ayah, kenapa makcik-makcik tu tak pakai tudung? Dia tak kena seksa kat neraka ke nanti ayah?" . Bagaimana harus saya menjawab? 

Tapi biasanya jawapan-jawapan saya akan memuaskan hatinya dan dia mudah faham. Apa jawapan saya? Tak perlulah saya share disini. Cukuplah saya sebagai guru kepada anak-anak saya. Sebab bukan semua pembaca boleh menerima apa yang kita tulis. Lebih-lebih lagi penulis yang tak berlesen macam saya ni.




7 ulasan:

  1. tapi memang betul pon..ibu bapa adalah cikgu dan contoh utk anak²....sebab tu kita kena fikir dan terangkan perkara yang benar tapi mudah difahami oleh anak²...supaya apa yg kita sampaikan tu takkan jadi kekeliruan pada anak² nanti...

    BalasPadam
  2. Apa salahnya share jawapan Azwan tu. Mungkin boleh jadi panduan kepada pembaca blog Azwan ini. :)

    BalasPadam
  3. Bukan taknak kakcik. Takut ada yang sentap.

    BalasPadam
  4. Tu gambor siapa yg bersunat?

    Anak bertanya mmg membuatkan saya pening mencari jawapan yg sesuai. Eloknya beritahu yang betul/benar. Sbb kalau kita menipu, nnti dia akan jawab, tu hari mama cakap lain... ha.. ha... kantoi...

    Ha'a.. share ler kat sini. Pedulilah cakap orang, asalkan kita berada di landasan yang benar, itu sudah cukup.

    BalasPadam
  5. haha..pening juga dengan gelagat mereka ye...
    macam-macam

    BalasPadam
  6. Awak tunggu la nnt bila awak dah ada anak :)

    BalasPadam
  7. BG : Tu gambor saya copy kat google. Insya Allah akan saya post dilain entri.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...