Rabu, Mac 16, 2011
Seafood Dengkil
Assalamualaikum WBT,
Dalam catatan saya yang lepas mengenai Dengkil saya ada berkata saya akan masukkan restoran yang baru dibuka di Dengkil. Itu pun kalau menarik. Masa dijemput pada hari pembukaannya saya tak hadir kerana ada urusan lain pada masa itu.
Hari ini saya berkesempatan ke restoran Seafood Dengkil yang terletak berhadapan dengan Petronas Dengkil. Satu ketika dulu, tapak restoran itu pernah dibanjiri oleh kebanyakkan warga Dengkil dan tiba-tiba hilang kerana faktor-faktor yang tidak diketahui. Mungkin ada yang pernah ke Dengkil dan masih ingat dengan nama Faiz Tomyam. Selepas itu tak tau berapa kali dah ganti nama dengan tokey yang berbeza dan ternyata pembukaan Seafood Dengkil mampu mengembalikan zaman kegemilangan Faiz Tomyam.
Saya dan isteri memang agak cerewet soal makan diluar. Dimana tempat yang kena dengan tekak kami, biasanya memang tempat itu adalah tumpuan ramai orang. Walaupun begitu Seafood Dengkil, baru sahaja dibuka dan mungkin tengah bulan, jadi saya tak lihat ramai pengunjungnya. Akan tetapi, Seafood Dengkil berjaya memikat kami untuk tidak keluar dari Dengkil mencari kedai tomyam.
Dari minuman hinggalah kepada makanannya semuanya cukup gula dan garam. Sedap dan memang puashati. Jadi buat warga Dengkil dan sekitar mahupun ada yang singgah di Dengkil, saya rekemen dekat anda semua untuk makan di Seafood Dengkil. Saya takde untung apa pun. Malah saya tak kenal pun tokeynya. Harganya pun berbaloi tapi puas juga mencari duit seposen yang sepatutnya boleh kasi diskaun sahaja. Selamat menjamu selera ...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
InsyaAllah.. ada rezeki nanti.. boleh singgah..
BalasPadamwah...kedai baru.
BalasPadaminsyaAllah jika sesat ke sana, pasti singgah.
macam menarik =)
BalasPadamHasmizal & Azween : Jom2.. :)
BalasPadamAda : Persekitaran dia belum menarik lagi. Tapi makanannya berbaloi.
line kuning tebal kat situ
BalasPadamjangan pegi Dengkil, rosak absober kete..line kuningnya tebal...cerdik punya engineer yg buat...
BalasPadam