Khamis, Mac 17, 2011

Peniaga Penipu


Assalamualaikum WBT,

Dipasar.
"Dik, santan ni pati ke?"
"Yelah bang. Semuanya pati, takde campuran".

Dirumah.
"Bang, abang beli santan ni kat mana?"
"Kat pasar tani la".
"Patut la cair semacam je"
"Budak yang jual tu kata pati"
"Meh la tengok sini pati ke bukan".

Kenapa ye nak cari peniaga yang betul-betul jujur dalam perniagaannya amat susah. Masuk ni dah 3 kali saya terkena dengan peniaga yang menjual santan. Semuanya dengan peniaga sebangsa dengan saya dan sudah tentunya Islam.

Saya pun tak pasti kenapa susah betul mereka nak berlaku jujur dalam perniagaan. Dulu orang kata ada satu bangsa ni, kalau tak menipu dalam perniagaannya bukan dia la tu. Kini ia sudah terjadi pada bangsa saya sendiri. Namun begitu bukan semuanya, segelintir sahaja. Cuma nasihat saya bagi penduduk Dengkil dan sekitar, kalau ingin mendapatkan santan ada 2 tempat yang boleh dipercayai di Dengkil. Satu di pasar awam Dengkil (kedai yang jual kelapa dan santan tu) dan satu lagi di pusat penjaja Taman Dengkil Jaya. Atau kalau susah sangat beli je kelapa parut dan perah sendiri santan tu.

9 ulasan:

  1. salam Wan...Kak Noor pu pernah kena macam tu juga...balik rumah santan yg dibeli tu cair...mmg ada peniaga yg masukkan air dlm mesim memerah santan tu...bukannya santan asli..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama17/3/11 9:16 PG

    Tuan Lebai,peniaga2 yg mendopok ni kalau dia mengaji betul2 InsyaAllah takda niat nak tipu2.

    BalasPadam
  3. Perah sendiri leceh bro... Memanglah sedap sebab berbau wangi, tapi ada alternatif lain untuk mewangikan masakan. Saya guna santan kotak aje, mudah dan cepat, 'penyegan' pun iya.

    Santan bungkus tu mmg jarang saya beli, sebab nampak tak ori. Kebanyakan masa yang saya jumpa, cair... so mmg sah diaorag campur air.

    Berbalik kepada falsampah 'kalau tak menipu, tak sah' ini mmg sudah lama berjangkit kepada org kita. Maka bertambahlah falsampah untuk bangsa sendiri, agaknya tak cukup dengan falsampah 'kalau tak rasuah, tak sah'...

    BalasPadam
  4. as kum

    bukan semua peniaga macam tu tapi kebanyakkannya kita pasti terjumpa.

    nak buat macam mana, oang kita dah tak takut pada yang Maha Esa

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum...

    betul ke beli di pasar tani...?pasar tani mane yea...boleh tahu...?

    BalasPadam
  6. Dinda & Demang : Yg tak baik saya tak suka nak dedahkan. Kita bgtau yg baik-baik je ye. :)
    BG : Mendalam maksud tu.

    BalasPadam
  7. Setuju dengan pendapat tuan blog. Susah nak cari peniaga yang jujur dalam dunia sekarang ni...dah kena banyak kali.

    Dari hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tirmizi yang bermaksud, ”Peniaga-peniaga yang jujur dan amanah (akan ditempatkan) berserta para nabi, siddiqin dan para syuhada”.

    Patutlah, perkataan 'jujur' amat senang dilafazkan tapi berat untuk mengamalkan kecuali orang yang dikehendaki Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah tertipu dengan memebli santan yang dicampur tepung supaya pekat. Penjual tu Indon. Minggu berikutnya saya pergi lagi dan cakap baik baik bahawa jika nak berniaga lama jangan menipu.

      Mula mula melawan dan macam macam helahnya. Saya bisik ketelinga dia pilih antara dua....Dia minta maaf dan Ok nampaknya lepas tu.

      Begitu juga satu kes satu Bnagla mengaku dia jual ikan kurau.[ dah dipotong2, rupa ikan tu sebijik ikan kurau tetapi sebenarnya tongsan sisik halus] Memang murah gila. Saya beli 3 longgok RM 25.00. Balik rumah saya buka semacam bau hanyirnya.

      Minggu berikutnya saya pigi lagi dan saya lihat trick yang sama. Saya ada abwa polis [pakai preman] Bagi penampar sekali. Dia melawan dan kecoh.

      Saya bagi ikan minggu sebelumnya kat dia. ADA INGAT?
      tERUS DIAM. AWAK TIP[U KITA LAGI, AWAK TAU APA AWAK DAPAT.

      Padam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...