Jumaat, Mac 04, 2011

Asal Usul Dengkil


View Larger Map

Assalamualaikum WBT,

"Encik Azwan, Dengkil tu nama ayah Encik Azwan ke?"
Adehhh... berguling-guling aku ketawa.
Ada juga manusia yang tak tahu Dengkil tu apa. Kenapa la dia tak google dulu ye. Hehehehe. Takpelah. Malu bertanya sesat jalan. Tapi pertanyaannya tu membuatkan aku yang tak keruan.

Dengkil ialah sebuah nama tempat bagi sebuah pekan kecil yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya. Kalau 20 tahun lepas memang tak ramai yang kenal Dengkil ni. Tapi sejak KLIA wujud, jumlah penduduk Dengkil mula bertambah. Kini dengan adanya Cyberjaya dan Putrajaya, Dengkil telah menjadi sebuah pekan yang pesat dan harga hartanah melambung bagaikan emas. Jumlah penduduk dan taman perumahan meningkat mendadak dan jika wujud taman perumahan baru akan laris bagai pisang goreng panas.

Dengkil mendapat nama daripada buah durian yang isinya dengkel-dengkel (biji besar tapi isinya nipis). Pokok-pokok durian ini banyak berbuah ditepi sungai Dengkil (kini takde dah) dan begitulah keadaannya. Jadi kerana banyak sangat buah durian yang isi dengkel ni lama kelamaan tempat ini diberi nama Dengkel asalnya dan ditukar kepada Dengkil. Majoriti penduduk adalah Melayu Islam. Dengkil juga bukan sahaja sebuah kampung, malah adalah sebuah mukim yang terdapat 10 kampung dibawahnya. Terletak di daerah Sepang dan lokasinya yang terletak bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya menjadikan Dengkil kini boleh dinaiktarafkan kepada bandar.

Kalau dahulu tabung-tabung kutipan derma dimasjid pada hari Jumaat lebih kurang RM1500 - RM2000 sahaja sebulan, kini jumlahnya telah meningkat kepada RM1500 - RM2000 bagi sekali Jumaat. Kalau dahulu hanya ada kedai mamak bawah pokok yang buka hingga lewat malam, kini ada 2 kedai mamak yang telah disahkan betul-betul halal beroperasi 24 jam. Kalau dahulu dari Dengkil nak ke Kuala Lumpur mencecah 1 jam perjalanan, kini dari bulatan Kampung Pandan KL nak ke Dengkil hanya 20 minit sahaja.

Tak kenal maka tak cinta. Makan malam tidak ada tempat yang boleh saya banggakan, tetapi satay Lan Corner saya gerenti boleh lawan Satay Haji Samuri. Lebih-lebih lagi satay dagingnya. Cuma malam ini saya ada jemputan untuk pembukaan restoran ikan bakar yang baru dibuka betul-betul dihadapan Petronas Dengkil. Kalau menarik saya akan masukkan dalam blog ni nanti.

Begitulah serba sedikit perihal Dengkil. Jika berminat nak bercuti melawat Putrajaya dan sekitar, bolehlah menginap di Dengkil kerana kini Dengkil ada hotel 2 bintang dan saya sendiri ada sebuah homestay untuk disewakan. Kalau dulu Dengkil boleh dikategorikan sebagai sebuah tempat yang terpencil, kini ianya sentiasa sibuk dengan laluan kenderaan dari KL - KLIA - KL. Kalau singgah ke Dengkil, calling-calling lah.. Mana tau ada rezeki dapatlah teh secawan secara percuma.

10 ulasan:

  1. AS'KUM,

    saya nak tumpang guling juga.

    tapi betullah tu, kalau tak tanya sampai bila pun tak tahu. saya tabik dengan orang tu .

    berani

    BalasPadam
  2. InsyaAllah, saya akan buat solo ride mengelilingi semenanjung nanti.. kalau ada rezeki boleh singgah sambil minum kopi..

    BalasPadam
  3. Azweennour : Org kat Australia pun tak Dengkil kat mana. hehehe.

    Hasmizal : Insya Allah. Ada rezeki jumpa kita nnt.

    BalasPadam
  4. dulu selalu ke dengkil...ade kebun disana...huhu..tapi tinggal kenangan saja..sebab ada org tipu pasal tanah..tapi itu semua pengajaran...

    BalasPadam
  5. Tanah tu milik siapa?
    Kesiannya. Bukan main2 tu.
    Tak report polis ke?

    BalasPadam
  6. Kat dengkil ad ladang kuda x?

    BalasPadam
  7. alhamdulillah dah stahun jadi org dengkil secara official..

    BalasPadam
  8. saya anak jati dengkil...dr dilahirkan sehingga la kini...peace

    BalasPadam
  9. OOO ingat kan asal nama DENGKIL tu dari perkataan DENGki dan degIL ...hehehehe....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...