Ahad, Mac 20, 2011

Perlunya madu dalam rumahtangga


Assalamualaikum WBT,


Baca je tajuk kat atas, rata-rata kaum wanita dah mula nak 'menyinga'. Apesal lak si Azwan ni pandai-pandai cakap perlunya madu dalam rumahtangga ni. Sabar.. sabar... Bukan madu seperti gambar kat atas ni saya nak cerita. Tapi madu lebah. Setiap rumah perlu ada madu lebah. Itulah yang sebetulnya.


Dalam satu artikel yang ditulis oleh Dr. Dixon, ia mengatakan, madu sangat kuat menguasai kuman. Sehingga tidak ada satu kuman pun yang sanggup berhadapan dengan madu. Dr Dixon, merupakan seorang dari sekian banyak para ilmuwan yang diberi anugerah oleh Allah dapat mengkaji manfaat madu. Padahal, khasiat madu sudah diungkapkan oleh Allah SWT melalui Al-Quran yang maknanya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang-orang yang memikirkannya.” (An-Nahl 69-69).


Dalam satu kajian oleh para saintis pula madu dikatakan mempunyai bahan antioksidan yang dapat membunuh dan mengeluarkan toksin yang terdapat pada badan manusia yang merupakan punca kepada penyakit-penyakit berbahaya. Rasulullah SAW sangat menggalakkan umatnya mengambil madu sebagai ubat dan Baginda SAW sendiri sangat menyenangi madu.


Oleh yang demikian, mari kita sama-sama periksa balik kabinet didapur rumah kita ada tak madu. Kalau takde pergi lah dapatkan sekarang. Tapi satu masalah, susah sangat nak dapat madu yang asli sebab ramai sangat peniaga penipu . Tapi kalau anda ada madu yang asli insya Allah ianya mampu mengubati demam. Semalam saya sendiri diserang demam dan sebelum tidur 2 sudu madu saya telan. Dengan izin Allah, bangun pagi saya sudah segar seperti biasa. 


Nak dapatkan madu asli seperti yang saya beli, boleh dapatkan di Darul Syifa' Bandar Baru Bangi. Saya membelinya disitu. Mungkin ada rakan pembaca yang lain boleh membantu untuk kita kenal pasti tempat-tempat lain yang ada menjual madu lebah yang asli. Pada kaum-kaum wanita, jangan risau jika suami gemarkan madu. Ianya baik untuk kesihatan. Selamat bermadu... Eh silap.. Selamat minum madu... 

12 ulasan:

  1. good info!saya pun jrg makan madu =)

    BalasPadam
  2. seumur hidup dina..dina x pernah pun minum madu huhu

    BalasPadam
  3. salam.

    terima kasih kerana singgah blog saya.

    tajuk ini menggemparkan .. hehe

    saya memang sentiasa ada madu kat rumah. madu tualang. khasiatnya tak perlu diragukan lagi.

    BalasPadam
  4. betul...

    amalkan makan madu setiap pagi satu sudu.. insyaAllah sihat..

    lagi satu.. kurma.. amat berkhasiat.. 3 biji sehari..

    BalasPadam
  5. Sesiapa yg duduk di Rawang dan kawasan sekitarnya bolehlah mendapatkan stok madu tulen dan madu tualang di kedai saya di FSR Edutainment Corner, Lot B7, Bazaar Rakyat, Tingkat 1, Tesco Rawang.. Khasiatnya mmg tdk dapat dielakkan lagi.. bahkan ianya telah disebut oleh baginda SAW sendiri.. sihat dapat, pahala pun dapat..! :)

    BalasPadam
  6. Salam kepada semua...

    " Fi hi syifa ul lin nas " Begitulah mafhum ayat Al-Quran yang bermaksud : di dalamnya(madu) terdapat penyembuh bagi manusia...madu adalah UBAT..dan Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik...baginda dapat mengolah isteri-isteri Baginda sehingga dapat menghasilkan "Madu " sebagai penawar di dalam rumahtangga dan Hati orang-orang Mukmin...

    BalasPadam
  7. serius.. baru datang nak buat kecoh pasal kena cari madu unutk suami.. hihi.. btw really good info

    BalasPadam
  8. Fatahiyah : Kena selalu2 kan.
    Dina : Kena mulakan
    Al-Lavendari : Terima kasih kembali
    Hasmizal : Terbaik bro
    Aliff : Thanks for sharing
    Ustaz Nizam : Lama tak gi bekam ni.
    belogkiter : Nak cari madu asli atau madu tiruan? hehehe

    BalasPadam
  9. kalu mampu xpe..duet xde gatal nk madu mmg xboleh la hahha

    BalasPadam
  10. hehe madu lebah minum byk kali pon xpe hehe

    BalasPadam
  11. Bangi jauh sangat bro... deme tak buat jualan on line ke?

    BalasPadam
  12. huhu bermadu??saya x kesah.....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...