Ahad, Mac 20, 2011

Kenangan masa merempit

Assalamualaikum WBT,


Dengar lagu Man RL5 teringat aku kembali masa zaman-zaman belajar dulu. Sejak form 4 aku dah ada motosikal sendiri. Tapi takde la best sangat motor aku masa tu. Suzuki 80 je.



Inilah motor pertama yang dianugerahkan oleh abah aku untuk memudahkan aku berulang alik ke sekolah. Rumah kat Subang sekolah kat Shah Alam. Jadi dengan motor inilah aku berulang alik ke sekolah. Motor asyik rosak je akhirnya ayahanda tercinta beli Ex-5 untuk aku.


Masa tu baru je masuk form 5. Faham-faham jelah budak form 5 dapat motor baru. Keluaran terbaru lak tu motor ex-5 ni dipasaran pada ketika itu. Bergaya sakan... Bukan main eksyen lagi rasanya masa tu. Dan antara kenangan terbanyak jatuh motor dengan ex-5 inilah. WEG695 nombor platnya. Kalau wujud lagi motor ni tolong habaq mai ye. Nak ambik gambar. Hehe.

Abih je SPM sementara nak tunggu result terus kerja part-time. Kumpul duit nak ambil RX-Z sebenarnya. Hehehe..


Inilah motor ketiga aku. Yang ni beli secondhand. Kat Kepong belinya dengan ayahanda tercinta. Sebab trade-in ex-5 kat situ dia ambil mahal sikit dari kedai lain. WEP6955.. Aku ingat lagi...  Tapi sayang jodoh tak lama dengan motor ni. Masa bawak balik dari kedai sampai je kat rumah mak aku dah tak sedap hati katanya sewaktu aku terlantar dihospital. Bawah kereta aku menyarap masa tu. Sebab ambil lap lebih sangat. Kalau ikut keadaan motor memang orang ingat dah arwah dah. Fork depan dua-dua patah. Parut air radiator tu masih ada sampai sekarang kat belakang badan.

Serik merempit akhirnya aku bertukar bawak motor kapcai balik. Rasa selamat sikit dengan motor kriss Modenas


WGP1198 nombornya. Motor ni aku guna masa belajar di IPTS dulu. Lama gak la aku dengan kriss ni. Sebab motor ni bukan boleh merempit sangat pun. Tapi kerap juga la jatuh time layan corner. Dan yang aku tak boleh lupa masa aku berlanggar depan-depan dengan motor seorang mamat giler yang menyonsang jalan. Punya la baik aku bawak masa tu pun boleh berlanggar gak akibat kebodohan orang lain. Dan akhirnya bila fobia sangat bawak motor, baru start keje je aku dah beli kereta kancil. 



Sekarang, naik motor ulang alik ke masjid je. Tu pun aku beli secondhand kat abang ipar aku. Isi minyak full tank boleh tahan sebulan lah. Roadtax pun takde. Huhuhu. Pesanan kepada adik-adik yang sedang ligat merempit, sudah-sudahlah tu. Takde faedahnya. Dulu kitorang nampak polis lari lintang pukang. Sekarang korang nampak polis boleh main langgar je ye. Bawak-bawak bertaubat. Takde faedah semua tu. Kalau jatuh, sakit... Kalau dah masuk hospital kan dah menyusahkan mak bapak nak melawat. Jadi, elakkan merempit. Kalau nak merempit jugak, pergilah ke tempat yang betul. Selamat merempit dan jangan tinggal solat. 




2 ulasan:

  1. bawa moto ni best tapi kena la bawak dengan penuh etika..

    setuju.. kdg2 kita ni bawa elok je tapi sebab orang lain kita plak yg terlibat kemalangan..

    anyway bawak moto tu lelok la erk...

    BalasPadam
  2. penuh dengan pengalaman dengan motor yer..

    saya dulu bermula dengan motor ayah saya CB90.. kemudian suzuki 80, Yamaha RXS yang saya gunakan semasa study kat KL.. siap ulang-alik dari KL ke Perlis..

    Sekarang dah guna Honda Wave 100 dan Kawasaki ER6n..

    Pengalaman jatuh motor.. alhamdulillah.. tak banyak..

    sentiasa amalkan pakai riding gear secukupnya.. dan sentiasa ingat Allah sentiasa menunggang..

    kepada anak-anak muda.. nikmati keseronokan menunggang dengan sebetulnya.. dan sekali-kali jangan merempit.. ingat.. sehebat-hebat kita bawak motor.. ada lagi yang lebih hebat dari kita.. iaitu Allah Taala.. sentiasa hormat pengguna jalanraya yg lain..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...