Ahad, Mac 06, 2011

Tasik Idaman


Assalamualaikum WBT,

Malam semalam saya sekeluarga ke Tasik Idaman di Bangi. Kalau nak diikutkan Tasik Idaman ni masih lagi dalam Mukim Dengkil. Tapi lebih dikenali dengan Tasik Idaman Bangi. Tahun ni sambutan harijadi anak-anak tak buat dirumah sebab mama mereka dah tak larat. Esok dah masuk minggu ke-36.

Jadi untuk menjimatkan kos, sambutan harijadi anak beranak je untuk Maisarah dan Nadhirah sekali. Nadhirah lahir pada 8/3/2002. Sambut awal la kiranya. Selang 3 hari je dari Maisarah. Tengok la baby dalam kandungan kot2 boleh saing diorang jugak. Jimat belanja nak sambut harijadi. hehehe.

Tasik Idaman ni salah satu tempat makan yang semakin hari semakin dibanjiri oleh ramai manusia. Ada yang datang dari jauh termasuk Johor dan Singapura. Tempatnya yang jauh dari hiruk pikuk kota menjadikan tempat ini sangat sesuai bagi yang mencari tempat makan yang tenang. Tapi hiruk pikuk di Tasik Idaman bermula pada jam 9 malam. Jadi biasanya, kami akan sampai awal (lepas maghrib) dan akan balik sebelum hiruk pikuk bermula.

Sessi karaoke, pertandingan band, persembahan artis secara live dan yang seumpamanya menjadikan daya tarikan tempat ini untuk yang suka berhibur. Disini juga terdapat kolam memancing bagi kaki-kaki pancing. Pertandingan nyanyian dan memancing kerap diadakan disini.

Dari segi makanannya pula, aku kasi 3/5. Kira boleh makan lah. Penyediaannya tidak terlalu lama walaupun jumlah pengunjungnya ramai. Biasanya saya makan talapia bakar. Tapi malam semalam saya order Kerapu 3 rasa. 


Rasanya boleh tahan. Untuk kerapu ni up lagi setengah bintang. Tapi tempe goreng yang dipotong kecil-kecil menjadi hidangan wajib kami sekeluarga. Harganya cubalah anda semua nilai sendiri. Dengan seekor kerapu 3 rasa, sotong goreng tepung 3 orang makan, sayur kailan ikan masin 2 orang makan, telur dadar 2 orang makan, tomyam putih 2 orang makan, nasi putih 5 pinggan dan air buah 6 gelas serta semangkuk tempe goreng jumlahnya RM107.00 sahaja. Tafsirlah sendiri murah ke mahal.

Disini juga biasa orang buat gathering, family day, company dinner dan macam-macam lagilah. Kalau ingin pergi ke Tasik Idaman tapi tak tau jalan dan takut sesat, saya sedia membantu dengan syarat belanja saya talapia bakar seekor. Hehe..

2 ulasan:

  1. Saya selalu juga ke Tasik idaman ni..tak jauh dari tempat sy di Bandar Baru Salak Tinggi..birthday last year pun anak perempuan sy buat surprise di Tasik Idaman ni..memang ok lah harganya..ikan pari bakar berlada memang best harga pun berpatutan....cuma western food dia agak kurang..dulu ada bot kat tasek tu tp mana pegi dah..makan atas tasek dgn selingan karoke sungguh mendamaikan.

    BalasPadam
  2. sy baru je g sana 30 July 2011... Seriously layanan sungguh mengecewakan... sy tgu makanan sy hampir 2JAM Lebih baru sampai.... bayangkan la.. sy sampai kol 8.30mlm... makanan saya sampai hampir2 kol 10.30 malam... air sampai kol 9.45mlm... kecewa giler... serik nk g sana lagi =(

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...