Khamis, Mac 03, 2011

Pentingkah followers?

Assalamualaikum WBT,

Ucapan terima kasih buat followers aku yang ke-100 Saiful Nazmi . Juga ucapan terima kasih kepada semua 99 followers aku yang selama ini setia mengikuti tulisan yang lebih banyak merapu dan membosankan kalian.

Apa itu followers? Penting sangat ke followers ni?
Followers adalah istilah english yang maksudnya pengikut dalam Bahasa Melayu. Bagi aku, followers yang ada dekat blog aku ni memberi inspirasi untuk aku menulis tidak jemu-jemu di blog ni. Disebabkan mereka telah mengikuti blog aku ni, aku rasa macam berdosa pula jika tidak update blog ni untuk sehari. Jadi, aku rasa bertanggungjawab untuk menyajikan coretan terbaru setiap hari khusus kepada followers aku.

100 orang adalah angka yang mungkin kecil bagi blogger-blogger yang hebat. Tapi 100 orang followers aku ni, aku akan pastikan setiap entri terbaru yang mereka buat, aku akan baca. Jenuh jugak dan kadangkala membuatkan aku tidur lewat kerana leka membaca entri mereka satu persatu. Kalau ada 1000 followers bagaimana mungkin aku nak round semua blog dalam masa sehari kalau 1000 blogger ni update blog mereka untuk hari tersebut.

Jadi, aku tidak mengharapkan followers yang begitu ramai. Tak terikut nanti dibuatnya. Namun begitu, followers yang ada ni sudah cukup memberi semangat untuk aku terus update blog ni walaupun kadang-kadang aku tak tau apa nak tulis dah. Teringat kata-kata seorang rakan yang malas nak update blog. Alasannya, takde orang nak follow blog dia. Buat apa dia nak update. Bagi aku alasan pertama aku menulis blog adalah kerana ingin meluahkan isi hati dan dapat melepaskan tekanan yang bersarang dalam kepala ni. Followers adalah bagi memastikan aku tidak gagal untuk update blog aku dalam masa 24 jam. Terima kasih buat semua followers aku yang baik hati. Ada rezeki nanti boleh belanja kalian semua makan-makan. Doa-doakan ye. Insya Allah...

4 ulasan:

  1. assalamualaikum

    memang tak penting pun followers banyak ke tak.


    dalam panjang2 entry ni, saya cuma nampak belanja makan.heheheh

    BalasPadam
  2. Hehehe.. Jgn dijemput nnt tak datang pula.

    BalasPadam
  3. kdg2 follower byk pon dieorg bkn bace pon blog kite..follow sekali pastu dah tak dtg lagi..

    BalasPadam
  4. Setakat ni saya belum tergolong lagi dlm golongan tu :)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...