Rabu, Mac 02, 2011

Lawak Hari Ini


Assalamualaikum WBT,

Tempoh pemberian diskaun 50 peratus bagi bayaran kompaun kesalahan trafik yang tamat kelmarin dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.
Perkara ini diumumkan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kah kah kah kah kah...

Dah ku duga. Inilah yang akan berlaku.

Persoalannya :

1. Kerajaan tak capai target lagi ke nak kutip duit rakyat?

2. Tempoh berbulan-bulan yang diberi tak mencukupi ke?

3. Dalam tempoh berbulan-bulan tu kaunter pembayaran saman sentiasa penuh ke?

4. Dimana ketegasan kerajaan?

5. Eh, ini betul-betul ke main-main?

6. Lepas 10hb ni nak lanjut berapa lama lagi?

Mungkin ada yang sudi menjawab satu persatu. Dipersilakan....

4 ulasan:

  1. 1. Yelah tu. Duit dah habis buat PRK.
    2. Kena guna satu bulan je.
    3. Agaknya la tu
    4. Dalam parlimen je. Luar parlimen dah lupa balik dah.
    5. Nak bergurau senda la tu.
    6. Sampai semua orang dah selesai bayar saman.

    BalasPadam
  2. hahah.sama dengan post terbaru di blog saya.

    1-dalam masa 6 bulan hanya 5.5juta saja.katanya 17juta lagi belum bayar.nak kutip semua kot.

    2-psikologi lah bro..suka tgk rakyat beratur panjang-panjang.

    3-xpun.rakyat malaysia kan suka buat kerja last minutes.

    4-bab duit mana ada tegas.tapi bab naik harga minyak kena tegas.

    5-for sure lepas beberapa bulan, diskaun ni akan dibuat balik.

    6-sampi semua orang dah xpeduli kalau nak blacklist sbb tau kerajaan xkan buat mcm tu pun.

    sekian terima kasih.

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama3/3/11 11:40 PG

    Ko baru tau ke? Inilah amalan KERAjaan Bee END.

    BalasPadam
  4. duit kita yg ada kat kerajaan tu dah banyak habis..tolong sana-sini...derma sana-sini....kasi bonus tah pe2 sana-sini....bini nak shopping besar²an kat luar negeri..so rakyat kena paksalah bayar saman sejelepuk supaya leh jana duit balik...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...