Khamis, Mac 03, 2011

1 perceraian setiap 15 minit


Assalamualaikum WBT,

Mengejutkan. Tapi itulah statistik yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tahun 2009. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Maknanya bagi tempoh 2009 sejumlah 35040 perceraian telah berlaku. Biar betul...
Agak menyedihkan namun perkara ini telah berlaku. Dimana silapnya?

Apakah nawaitu sebenar perkahwinan itu? Pasangan yang berkahwin perlu ada niat yang baik. Berniat kerana mencari keredhaan Allah dan ingin melaksanakan sunnah Rasulullah SAW adalah perkara yang paling asas dalam satu perkahwinan. Kemudian tambahlah dengan niat-niat yang akan menjadikan rumahtangga yang bakal dibina adalah syurga didunia ini.

Dengan niat maka akan datang pelaksanaannya. Adalah mustahil untuk menjadikan rumahtangga yang bakal dibina setaraf dengan Rasulullah SAW dan Khadijah r.ha. Tetapi tidak mustahil untuk menjadikan rumahtangga itu terus kekal dan bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya menjadi pasangan suami isteri di syurga Allah buat selama-lamanya. Pokok pangkalnya perlu kembali mengamalkan cara hidup bertepatan dengan kehendak Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Insya Allah, bulan Mei nanti akan genap 10 tahun usia perkahwinan saya dan isteri. Bak kata P.Ramlee, sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.
Perbezaan pendapat dan perselisihan faham adalah lumrah dan asam garam dalam rumahtangga. Disebabkan itu perlu ada mesyuarat dalam rumah kita sendiri. Cari waktu yang lapang sekurang-kurang sekali seminggu dan duduk berbincang untuk selesaikan apa jua masalah.

Rasanya tidak layak untuk berkongsi rahsia perkahwinan agar kekal lama. Baru nak mencecah satu dekad. Tapi itulah antara petua yang saya amalkan. Semoga Allah SWT pelihara rumahtangga kami hingga akhir hayat kami dan temukan kami kembali dalam syurgaNya. Amin... Ya rabbal'alamin...

2 ulasan:

  1. selamat menyambut ulang tahun perkahwinan..

    semoga berbahagia hingga akhir hayat..

    amin..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/3/11 8:12 PG

    Boleh caya ke cakap orang politik. Masitah itu orang politik. kahkahkah

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...