Rabu, Mac 02, 2011

RM50 tiada nilai


Assalamualaikum WBT,

"Bang, tolong beli susu anak dengan milo".
Itu sms yang aku terima dari isteri aku. Biasanya kami borong barang dapur yang kering sekaligus untuk sebulan. Tapi untuk keperluan susu anak ni tokleh nak tangguh-tangguh. Mahu tak tidur malam dibuatnya nanti. Jadi aku segera mencari barang tersebut.

RM50.00 dihulurkan dikaunter tak mencukupi untuk milo pek kecil dan susu budak. Kena tambah lagi RM1.40. Perghh... 2 barang je RM50 tak cukup. Macam takde nilai je RM50 ni. Tapi itulah kenyataannya.

Kita mungkin biasa dengar mak bapak kita masa sekolah dulu bawak duit belanja 10 sen je. Nasi lemak masa tu boleh dapat 5 sen. Sekarang? Anak aku untuk belanja sekolah pagi dan petang RM3.50 seorang. Masa zaman aku sekolah dulu RM1.00 pagi petang. Jauh betul bezanya.

Inilah yang sedang kita hadapi. Peningkatan perbelanjaan yang semakin tinggi dari tahun ke tahun. Ditambah pula dengan beban kenaikan harga barang yang akan buatkan RM50.00 bagaikan tiada nilai lagi. Ada juga blogger-blogger yang sanggup mengeluarkan wang RM50 (ada juga yang lebih) sebagai hadiah kepada pengikut-pengikut setia blog mereka. Yelah.. Dulu duit RM50 ni besar nilainya. Sayang nak bagi-bagi orang camtu je. Sekarang mungkin RM50 terlalu kecil buat mereka. Sebab itulah tidak menjadi hal. Tidak mustahil satu hari nanti kita akan bekalkan RM50 untuk belanja sekolah anak-anak di masa hadapan.

4 ulasan:

  1. "semalam baru kami sembang2 pasal ni,jiran belakang rumah tu ckp dia dulu tgk wayang tiket 20 sen jer..heh,itu dulu makcik..la ni dah lain..
    jiran lain pulak ckp..dia kalau balik shoping siap ambik culculater utk kira semula sbb ingat cashier salah kira.
    ada lg sorang pulak menambah..dia pegi pasr malam bawak 50 ringgit..beli brg tk byk mana pun,duit dh habis..pastu bising2 kata duit dia jatuh..bkn jatuh akak oii..dh rega brg la ni mahal..itu lah antara sembang2 kami.."

    BalasPadam
  2. Kredit dari TRO untuk artikel ini.

    BalasPadam
  3. betul tu wan...duit kertas setiap tahun mengalami penurunan nilai...ada kaedah yg kita perlu laksanakan dgn mencontohi kaedah penggunaan matawang dinar & dirham sejak zaman rasul s.a.w...klu kita bg 1 dinar utk anak pd hari ini...1 dinar jugalah anak akan guna utk 10 tahun akan datang...tiada penurunan nilai pada emas dan perak...contact aku klu nk tau lanjut...aku agen..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...