Sabtu, Mac 05, 2011

Langgarlah saya...

Assalamualaikum WBT,

3 hari lepas sewaktu saya nak pergi kerja dan saat saya sedang mengundurkan kereta untuk keluar dari rumah, tiba-tiba isteri saya menjerit "Bang, ada budak kat belakang tu". Entah dari mana tiba-tiba terpacul budak tersebut.

Kemudian setelah dijeritkan oleh isteri saya, budak itu beralih ketepi. Apabila saya mula nak mengundur dia sekali lagi ke bahagian belakang kereta dengan mendepakan kedua tangannya seperti hendak menahan kereta saya. Dalam hati saya mungkin budak ini minta saya melanggarnya "Langgarlah saya, langgarlah saya". Mungkin itu yang sedang tersemat difikirannya.

Isteri saya dalam keadaan yang semakin sarat mengandung terpaksa keluar dari rumah bagi mengawal keadaan. Masakan tidak, tangannya diletakkan betul-betul dibahagian tayar minta saya melenyeknya. Aduuuhai...

Inilah kanak-kanak yang mengidap Autisme.
Autisme atau dalam bahasa yang senang kita nak fahamnya ialah penyakit yang melibatkan fungsi otak. Saya bukan doktor. Jadi susah nak terangkan. Daripada saya copy paste artikel orang lain ada baiknya pembaca semua google apakah itu Autisme. Kanak-kanak sebegini memang tidak boleh dibiarkan bermain sendirian diluar rumah. Pengawasan daripada ibubapanya adalah sangat penting. Kerana jika tidak akibatnya adalah sangat berbahaya.

Saya tidak dapat membayangkan jika isteri saya turut tidak perasan kehadiran budak itu tadi sudah tentu situasinya akan jadi buruk. Baru sekejap tadi saya terpaksa berkejar menahan kereta yang dipandu bapanya sendiri yang sedang mengundur dan budak tersebut berada dalam keadaan seperti dia cuba menahan kereta saya tempohhari. Memang bapanya tak perasan langsung.

Andai terlanggar siapa yang harus disalahkan? Jadi, apabila berada diluar rumah kawalan yang ketat perlulah diutamakan. Mujur rumah kami dikawasan kampung yang kurang sibuk dan mempunyai halaman yang luas. Walaupun begitu pemikiran budak autisme ini memang tidak boleh diduga. Moga akan datang perubahan pada dirinya tidak minta untuk dilanggar lagi.

3 ulasan:

  1. Ya Allah, mujurlah Azwan tidak terlanggar budak itu. Macam mana dia berada di luar rumahnya tanpa kawalan... Ish! Nauzubillahhiminzalik...

    BalasPadam
  2. Nasib baik wife perasan budak tu kat belakang kereta.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Allah yang gerakkan hati kita.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...