Sabtu, Mac 05, 2011

Selamat Hari Jadi Anje...


Assalamualaikum WBT,

Nurin Maisarah atau Sara atau Anje, hari ini genap berusia 5 tahun. Dilahirkan dihospital Banting dan pernah ditempatkan di wad NICU Hospital Kajang pada minggu pertama selepas kelahirannya kerana mengalami penyakit kuning (jaundice) yang sangat tinggi. Alhamdulillah takde apa-apa kesan yang serius dan hingga kini dia sihat seperti biasa.

Seorang kanak-kanak yang mempunyai perwatakan yang ceria dan pandai menggunakan pendekatan psikologi jika inginkan sesuatu. Cepat menghafal dan akan merajuk jika apa yang dijanjikan tidak dipenuhi. Penyayang dan lembut serta mempunyai minat yang tinggi untuk menerima pelajaran yang baru. Seorang budak yang tidak terlalu memilih dan sentiasa mengalah pada 2 orang kakak diatasnya.

Anak ketiga daripada 4 orang adik beradik (buat masa entri ini dibuat), dan dia lah ANJE saya dari dilahirkan mungkin hingga dewasa nanti panggilan Anje akan melekat padanya walaupun dia meminta agar tidak dipanggil Anje lagi. Ayah sayang Anje dan Selamat Hari Jadi sayang.

2 ulasan:

  1. Selamat ulang tahun dari pak Cik di Perlis nih...

    BalasPadam
  2. selamat HARI LAHIR...moga menjadi Insan yg mendapat Hidayah dan Rahmat dari Mu" Ya ALLAH

    AMIN....

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...