Ahad, Mac 06, 2011

Kurang Ajar


Assalamualaikum WBT,

Perkataan yang sering saya lontarkan jika melihat pemandu yang suka sangat potong Q ni ialah KURANG AJAR. Nak kasi sedap lagi, tambah sedikit dialog P.Ramlee "Kecik-kecik taknak mampus, dah besar menyusahkan orang".

Saya berkongsi dengan rakan FB saya dan ada yang memberi pendapat masing-masing. Ada mengatakan "kurang kasih sayang ibu bapa...", ada juga yang mengatakan "PEKAK" dan saya berminat dengan yang ini "Paria - menurut Kamus Oxford, ia merujuk kepada orang yang tidak diterima dan tidak dikehendaki dalam masyarakatnya.". 


Saya sangat bersetuju dengan mengatakan mereka-mereka yang suka sangat potong Q ni kerana tak sabar nak menunggu memang sesuai dikatakan tidak dikehendaki dalam masyarakat. Orang begini sering menerima sumpah seranah dan caci maki pemandu lain. Sehinggakan JKR sendiri telah memberi peringatan pada papan tandanya.




Jika ada sebab-sebab yang dibenarkan seperti berada dalam keadaan kecemasan ianya tidaklah menyalahi peraturan. Malah dituntut pula untuk melakukannya. Takkanlah bini dah nak beranak kita sibuk lagi nak ikut Q. Memang terberanak dalam kereta la jawabnya. Yang sering saya perhatikan malaun-malaun yang suka potong Q ni apabila berada di traffic light. Contoh paling banyak pada waktu pagi dan petang di Simpang 4 Dengkil Highway Putrajaya - KLIA laluan FT29. Pergilah check sendiri. 


Jadi pesanan buat malaun-malaun potong Q ni yang saya kira adalah orang-orang yang sama, insaflah. Jangan esok sumpah seranah pemandu lain dimakbulkan tuhan. Agaknya mungkin ada yang telah dimakbulkan menjadi mereka-mereka ini semakin hari semakin bodoh gamaknya. Wallahhua'lam....

7 ulasan:

  1. saya setuju yg mereka yg potong q adalah dari jenis yg kurang ajar..

    betapa orang yg dlm barisan menunggu untuk sampai giliran.. dia senang-senang ambil kesempatan..

    BalasPadam
  2. Ha ha... fasal potong Q nih ada sorang member BG post keluhan bengang tahap 'moron'nya di fB. Saya beritahu dia, maafkan ajelah si 'kurang' ajar tu.. dia dah tak tahan sangat nak ke toilet kut...?

    Latest entry : Batas bersahabat dengan wanita, bagi seorang suami

    BalasPadam
  3. salam,
    orang macam ni tak ada perasaan. Suami kpah panggil dorang ni smart alex yang sebenarnya bukan smart pun tapi bodoh..

    BalasPadam
  4. salam... saya mmg hangin ngan org mcm nih...mentang2 kita prmpuan, suka suki jer derang ptng Q kan... saya akan honnnn lama2 dan kuat2, bg derang nih malu skettt ...padan muka, smbil doakan, tak pe ari ni ko buat kat aku, sok2 ko kena pulak kan...org elok2 Q , tk pernah nk potong Q org... potong Q ni terjadi bkn setakat kat jln raya ja...kat barisan2 yg kena beratur yg lain pun...org2 mcm ni mmg tak tahu malu dan tak ada kesedaran sivik, sure otak letak kat lutut kan, atau pun mmg bangang... sorii yer..emo pulaks... hik hik... salam...

    BalasPadam
  5. Maaf, pandangan saya bukan nak menyebelahi si pemotong Q...

    kita kena kaji apa sebab orang potong Q. Kadang-kadang antara sebabnya, kenderaan dihadapan dipandu terlalu perlahan, malah di lane laju, atau terlalu takut untuk masuk keluar simpang hingga berjam-jam menunggu atau nak tunggu betul2 kosong takde kereta baru keluar dari simpang ). Jika di plaza tol, petugas tol pula yang lembap atau kaunter plaza tol ada satu atau dua sahaja disediakan.

    Setiap yang berlaku pasti ada puncanya. So, kita selesaikan punca masalah dahulu. Jika semua dah selesai, baru boleh kondem orang yang suka potong Q ni.

    Satu lagi, di jalanraya perlu ada give n take. Mungkin mereka ada perkara urgent dan tiada pilhan lain. Terpaksa potong Q. Di lain masa , mana tau, kita pula yang terpaksa potong Q kerana nak ke hospital, kecemasan atau lain2 hal.

    dari pengguna rasional

    BalasPadam
  6. Bro - Pemandu yang suka potong Q, kebanyakannya adalah Pemandu Cina wanita.

    BalasPadam
  7. Bro Ixora

    "aku benci traffic light Dengkil(laluan KLIA Putrajaya). Kian hari kian menjadi aksi2 pemandu2 biadap, terutama pemandu2 teksi executive, limo, komerSial dan orang2 yang dah hilang pertimbangan diri. tolonglah!!! fahamlah wahai pemandu2 sekalian....
    lagi satu...JANGAN SESUKA HATI MEMBUANG SAMPAH DARI KENDERAAN ANDA(tengok warna lengan je dah tau sape..takde moral)

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...