Isnin, Mac 07, 2011
Batal air sembahyang saya
Assalamualaikum WBT,
"Allah, batal air sembahyang saya".
Itulah ayat yang sering saya lemparkan jika saya bersentuhan tangan dengan penjaga tol wanita yang tidak memakai sarung tangan. Kenapa ya masih ada segelintir penjaga tol wanita ni susah sangat nak memakai sarung tangan. Rimas kot.
Tapi kalau rasa rimas sekalipun, macam ada sesetengah kaum hawa yang tak bertudung sebab rimas, kena gagahkan juga lah. Sebab kerja yang mereka buat tu sudah pasti terdedah kepada aksi bersentuhan tangan dengan bukan muhrim. Memang takde niat nak pegang-pegang. Cuma bila sesuatu perkara yang kita tahu akibatnya dan kita tiada usaha untuk elakkan, ianya adalah menjadi sengaja lama-kelamaan. Atau memang sengaja minta dipegang supaya orang lain boleh rasa tangan kita lembut ke tidak.. Hehe.
Tak perlu lah saya sebutkan soal hukum disini sebab saya bukan seorang ustaz yang belajar kat Mesir. Sesetengah orang alert perkara ni. Engkau siapa nak bicara soal agama. Belajar kat Mesir ke?
Cuba lihat gambar dibawah ni.
Kan manis dan elok jika begini. Pemandu-pemandu yang jaga 'air sembahyangnya' takdelah terasa macam nak elak-elak bila nak ambil baki wang. Akhirnya baki wang seposen dua jatuh kebawah dan terpaksalah penjaga tol bagi lagi sekali. Nampak perkara ni macam remeh. Tapi bila remeh camni tak dititikberatkan jangan kita bermimpi untuk selesaikan perkara yang lebih besar lagi.
Jika ada akak-akak penjaga tol atau saudara mara mereka ada bekerja di tol dan susah sangat nak pakai sarung tangan, takpelah, nanti saya sponsor sarung tangan yang sejuk dan selesa untuk kegunaan akak-akak semua. Mungkin sarung tangan yang dibekalkan oleh majikan akak-akak takde kelas agaknya. Untuk abang-abang pun perlu jugalah memakai sarung tangan ni. Sebab dijalanraya bukan ada pemandu lelaki sahaja. Pemandu wanita pun ramai. Malah ada tu yang lebih hebat dari pemandu lelaki sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
betultu..aku selalu terbatal air sembahyang time bayar tol...hurmmm..:)
BalasPadamlebih selesa guna TNG.. bukan nk berlagak tapi inilah salah satu sebabnya. selain mengelak Q panjang yg selalu yg 'dipotong Q' nye....
BalasPadamAnon : Saya sendiri ada smarttag. Tapi sering kehabisan kreditnya :)
BalasPadam"alah..senang jer,nanti time nk bayar tol awak ler pakai sarung tangan..kan senang.."
BalasPadamKalau 1000 pemandu nak disarankan camtu kan susah tu. Hehehe.
BalasPadamHa.. ha... tadi masa lalu Tol Bt 3 baru aje terfikir, deme yg kerja di pondok tol tu mcmana kalau ada emergency nak ke toilet ek?
BalasPadamAlhamdulillah, setakat ini mmg nampak mereka memakai satrung tangan...
yg "sengaja" nak batalkan air sembahyang pun ader jugek..khehehhehhe..
BalasPadambetul2....susah tapi nk tgk yg pakai sarung tangan!
BalasPadamAdakah pemandu yang berwuduk semasa memandu. Alhadulillah sudah ada kesedaran mengekalkan wuduk. Banyak pahala tu. kalau ada wuduk kenapa nak sentuh tangan penjaga tol? sekadar ambil kad dan beri duit tak mungkin boleh sentuh tangan. Kalau tidak sengaja tak batal wuduk. Tapi yang jadi masalahnya kita saja ambik kesempatan. itu yang salah. banyak yang buat alasan nak sentuh lalu kata batal air sembahyang padahal dia tak berwuduk pun. Tolong ikhlas dalam beragama.
BalasPadamTuan Ahmad Baei : Walaupun saya sendiri tidak mempunyai wudhuk ayat itu adalah sebagai satu sindiran yang agak bersopan saya kira. Dalam amalan beragama, semua manusia berbeza-beza. Ada mereka yang tidur 2-3 jam sahaja satu malam kerana sibuk mengabdikan diri pada Allah. Mungkin tuan sentiasa menggunakan TNG @ Smarttag. Jadi kurang perasan bagaimana caranya akak-akak tol ni mengambil mahupun memulangkan duit kita kembali. Bukan semua... ada segelintir daripadanya.
BalasPadamkalau orang tak suka pertimbang faktor agama dalam isu ni, cuba fikirkan dari segi kesihatan pulak. Ada macam2 tangan yg membayar tol tu. Kita tak tau tangan yg membayar tu baru lepas kesat hingus dia ke, baru lepas korek idung ke, baru lepas makan dalam kereta ke, or pegang2 sampah dalam kereta ke..pastu sentuh pulak tangan org yg menerima tol.. macam tu jgk dgn org yg terima tol. Kita pun tak tau tangan dia bersih ke tak. Jadi memang elok ler pakai sarung tangan.. bukan setakat utk yg pompuan, yg lelaki pun elok pakai jugak
BalasPadamsye syor kan, tuan bli sarung tangan n simpan dlm kete..cos bukan sj utk byar tol wktu2 len pon ade prkre2 yg mmbtalkan air smbhyg..
BalasPadamlg pon, srung tgn xsmpai rm2...xsalah wlaupon 1juta org bli n gune kan,..
amar ma'atuf, nahi mungkar
sy rasa wajar penjaga tol LELAKI & WANITA dua2 memakai sarung tgn..kalau dikuatkuasakan lg bagus...
BalasPadamSetuju...
BalasPadamPakai sarung tangan guni bagi jurutol wanita paling wajar hehe
BalasPadamRafi (coordinator@orionmaritime.com)