Selasa, Mac 08, 2011

Inilah jiran namanya


Assalamualaikum WBT,

"Rose... Oh Rose..."
"(Siapa pulak ni) Kejap ye.."
"Oh.. Ko tengah berurut ke?"
"(Alamak.. bikin saspen la orang ni. Macam suara Makcik Peah)"
Pintu rumah pun dibuka.
"Eh! Besar lagi perut engkau?"
"La.. Memang la.. saya belum bersalin lagi".
"Acik ingat ko dah bersalin. Semalam acik nampak lampin baby, ari ni nampak barut baby kat ampaian. Tu yang acik ingat ko dah bersalin.."
 - Perbualan antara jiran sebelah rumah dengan isteri saya -


Punya la prihatin jiran. Anda semua ada jiran yang macam ni?
Inilah jiran yang sebenar. Sentiasa ambil berat dan ambil tahu pasal kita.
Mungkin ada yang rimas sebab jiran suka menyibuk. Tapi kita kena sedar, jiran inilah yang paling rapat dengan kita. Jika kita ada kecemasan, dengan mereka lah kita akan minta bantuan. Takkan nak harap adik beradik yang jauh nak datang membantu jika ada kecemasan yang tidak diduga.
Oleh itu, jika kita nak mengharapkan jiran ambil berat dan ambil kisah pasal kita, kita sendiri lah kena mulakan dulu. Jangan nama jiran pun kita tak tau. Hak-hak jiran jangan kita abaikan pula..
Blogger-blogger pun jangan lupa yang kita ni semua berjiran. Sebab kita duduk dalam .blogspot.com yang sama. Jadi kalau ada buat makan-makan tu jangan la lupa jemput ye. Hehehe..





5 ulasan:

  1. Buat masa ni Alhamdulillah.. masih jumpa jugak jiran yang perihatin. Satu ketika dulu sewaktu asben outstation, pernah tumpang tinggalkan baby sekejap dengan jiran sebab nak angkut air (air takder waktu tu).. sekali lagi tmpang tinggalkan anak waktu malam sebab nak kena beli gas. Tapi masih ada jugak jiran2 baru yang tak tahu nama pun hehehe..

    BalasPadam
  2. masaduduk rumah lama tu jiran kiri-kanan prihatin sangat...satu hari tu kalau tak cukup 6-10 kali ketuk pintu tak sah..hehehe....tapi bagus jugak dapat jiran camtukan...

    BalasPadam
  3. Kalau 6-10 kali ketuk, nak bergossip kot..

    BalasPadam
  4. Wah... murah rezeki bro Azwan. Semoga dapat boy pula kali ini...

    BalasPadam
  5. Mudah2an.. Doakan ye. Dah bernazar utk puasa direct 3 hari kalau dapat baby boy. Ingat nak jemput kawan2 dialam maya ni dtg kenduri la kalau dpt baby boy. Agak2nya Puan BG boleh datang ke?

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...