Selasa, Mac 08, 2011

Selamat Hari Jadi Kakak...


Assalamualaikum WBT,

Nurin Nadhirah atau Nurin (panggilan di sekolah) atau Kakak, hari ini genap berusia 9 tahun. Dilahirkan dihospital Banting selepas solat Jumaat pada hari tersebut. Kelahiran secara normal dan sewaktu kecilnya urusan mandi dan kencing beraknya 90% diuruskan oleh ayahnya kerana mamanya bekerja pada waktu itu.

Seorang anak yang mempunyai sifat pengasih yang sangat tinggi dan tidak pernah menggigit walau sekalipun diusia kecilnya walaupun disuruh. Mula dihantar ke sekolah tadika seawal usia 4 tahun dan hingga kini adalah antara murid yang cemerlang disekolahnya. Sentiasa menjadi perhatian guru-gurunya dan dilantik menjadi pengawas sessi pagi dan petang sejak darjah 2 lagi. Beliau juga cepat memahami apa yang diajarkan dan seorang kanak-kanak yang sensitif dan kuat merajuk. Sangat pantang jika melihatnya adik-adik berbuat silap. 

Anak sulung dari 4 beradik (mungkin tak sampai lagi 2 minggu dah jadi 5) mempunyai pemikiran yang lebih matang dari usianya. Mungkin kerana dia seorang kakak cuma sikap bertangguhnya perlu dikikis dari dirinya. Setakat ini dia cukup membanggakan ayah serta mamanya dan diharap kecemerlangan berterusan sampai bila-bila. Cita-cita ingin menjadi seorang pensyarah dan ingin berbakti pada ayah dan mama bila dewasa nanti. Ayah dan mama sayang kakak dan semoga kakak menjadi contoh kepada adik-adik serta sentiasa mengamalkan perintah Allah dan meninggalkan larangannya. Selamat hari jadi kakak...

Terkini : Tahniah buat Kakak yang terus kekalkan kedudukan di Sekolah Rendah Agama. Dan selamat menjawab soalan utk Ujian Awal Tahun Sekolah Kebangsaan yang bermula hari ini.

4 ulasan:

  1. Selamat hari jadi Kakak Nurin - semoga membesar sebagai muslimah sejati dan anak yang soleh yang akan membahagiakan kedua ibubapa di dunia dan akhirat. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  2. happy birthday kakak nurin..

    BalasPadam
  3. Selamay menyambut ulangtahun yg ke 9.muga menjadi ank yg solehah insyallah

    BalasPadam
  4. Selamat hari ulang tahun, Nurin. Semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki dan dirahmati-Nya.

    Amiin.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...