Khamis, Mac 24, 2011

Fifi dah ada adik


Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, syukur pada Allah pada jam 11.30 malam 23 Mac 2011 di Hospital Serdang, telah lahir cahayamata ke-5 saya. Lahir dengan kaedah normal dan berat sewaktu dilahirkan 3.58 kg.

Maka, beradiklah Fifi. Setelah saya update di Facebook saya, bertalu sms saya terima bertanyakan jantina anak saya yang ke-5 ini. 4 orang diatasnya semua dia akan panggil kakak. Sudah tentu kakak-kakaknya akan panggil dia adik. Bagi la saya rehat dulu....

Kalau tak sabar sila jawab ujikaji yang ada disebelah kanan. Mungkin diakhirnya nanti ada jawapan. Jika tiada, cuba tekan gambar diatas ujikaji tu pula. Jika tiada juga, sila tunggu hingga saya masuk entri yang berikutnya. Saya akan pastikan sebelum jam 11.00 pagi akan ada jawapannya. Jadi rajin-rajin la masuk ye..

3 ulasan:

  1. Syukur Alhamdulillah. Biar apapun jantinanya, yang penting sempurna sifatnya dan sihat tubuh badannya. :)

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama24/3/11 9:40 PG

    Yer .. yer .. Alhamdulillah .. semua selamat Alhamdulillah ...

    BalasPadam
  3. alololo comelnya.
    tahniah.
    =)
    jadi anak yg baik ye bila besar nanti.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...