Rabu, Mac 23, 2011
Hanya rangkap terakhir lagu Negaraku sesuai di UKM?
Assalamualaikum WBT,
Sangat memalukan dalam sebuah program yang diadakan di UKM hari ini (sedang berlangsung) hanya rangkap terakhir lagu Negaraku sahaja yang dimainkan. Jika berlaku kesilapan teknikal sekalipun adalah tanggungjawab urusetia untuk memainkan semula kerana ianya adalah sebuah program yang besar.
Bengkel Kebangsaan Pengujian Dalam Kaunseling. Itulah nama programnya. Difahamkan program ini dikelola oleh pelajar tahun 2 UKM dan UPM. Bengkel diadakan di UKM dihadiri oleh guru-guru kaunseling dan kaunselor seluruh Malaysia. Tindakan pengacara majlis menyuruh hadirin semua duduk setelah lagu tersebut hanya kedengaran pada rangkap terakhir sahaja menyebabkan semua yang hadir terpinga-pinga.
Diharap pihak bertanggungjawab menyiasat perkara ini kerana apa yang berlaku sangat memalukan. Dan lebih memalukan ianya berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Terkini (11.15am): Dalam ucapan aluan Dr Abdul Halim Mohd Hussin (Setiausaha PERKAMA ) beliau telah memohon maaf atas kesilapan teknikal yang belaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sebagai graduan ukm, saya pun turut malu.
BalasPadamdah minta maaf ya, maaf diterima :)
BalasPadamemmmm....saya salah seorg urusetia pada hari kejadian..benda yg xterduga....n berlaku terlalu pantas..kami masih baru dalam hal sebegini..tp percayalah bahawa kami tiada niat untuk mempermain2kan lagu kebangsaan...kami mohon maaf di atas kesilapan yg telah berlaku....n isyaAllah selepas ini kami akan memperbaiki setiap kelemahan kami ketika menjalankan benkel tersebut di dalam program yg akan datang.....
BalasPadambuah ceempedak diluar pagar/..
ambil galah, tolong jolokkan..
kami budak baru belajar..
klu salah, tolong tunjuk n maafkn....
nway..thanks sudi menyertai bengkel kami ini...... =)