Isnin, Mac 28, 2011

Buntu.

Assalamualaikum WBT,

Hari ini genap lapan hari isteri yang tersayang berada di hospital. Dimasukkan awal ke hospital pada 21 Mac sebelum melahirkan putera pertama kami pada 23 Mac. Kemudian doktor terpaksa menahan hero kami untuk monitor 48 jam. Elok-elok lepas 48 jam, si kecik kena jaundice pulak.

Semuanya dari Allah SWT. Aku redha dan mungkin inilah peluang isteri nak berehat lama sikit dari hiruk pikuk dirumah melayan puteri-puteri kami. Memang dari anak kami yang pertama lagi, semuanya kena jaundice sewaktu dilahirkan. Akan tetapi yang lepas-lepas dalam 2-3 hari dah pulang kerumah dulu sebelum kembali semula ke hospital. Kali ini berterusan dari minggu lepas lagi. Huh! Terasa hilang semangat nak buat apa pun. Buntu bila orang tersayang tiada disisi.

Hanya pada Allah tempat mengadu dan memohon. Semoga esok akan beri perkhabaran gembira untuk diriku dan anak-anak hendaknya..

5 ulasan:

  1. assalamualaikum

    dugaan supaya kita lebih kuat..saya doakan semoga semua dipermudahkan

    BalasPadam
  2. setiap ujian Allah ada hikmah-Nya.. bersabar dan selalu berdoa..

    semoga segala urusan akan dipermudahkan allah Taala..

    BalasPadam
  3. memang buntu apabila orang tersayang tiada disisi.. lebih2 lagi apabila ditinggal pergi... :(

    BalasPadam
  4. salam azwan.. ada hikmahnya di sebalik setiap sesuatu perkara.. bersabar dan bertawakkal aje..

    BalasPadam
  5. semoga baby cepat baik..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...