Assalamualaikum WBT,
Kenapa ye orang-orang kita ni suka sangat mengheret perbincangan dari topik asal ke topik yang lain. Sebagai contoh, saya punya entri berkenaan statistik kelahiran anak tak sah taraf yang semakin membimbangkan, mengheret kepada perbalahan status anak itu sendiri.
Fokus sebenar ialah mengenai kadar kelahiran anak tak sah taraf ini yang setiap tahun meningkat jumlahnya. Bagaimana untuk kita sama-sama bincangkan agar masalah ini dapat diselesaikan. Anak yang dilahirkan sudah semestinya suci dan bersih serta tidak sedikit pun terpalit noda walaupun lahirnya tanpa bapa yang sah.
Begitu juga dengan topik-topik lain samaada yang saya cuba heret untuk perbincangan ataupun daripada rakan-rakan lain. Sifat kita yang suka sangat lari dari topik sudah terlalu biasa dan akhirnya persoalan asal tidak berjawab dan tiada kesimpulan.
Memang tabiat orang kita ni suka mengheret satu-satu topik jadi meleret-leret yang akhirnya, yang bertanya ataupun yang memulakan topik jadi terpinga-pinga. Hehehe.. Inilah kreatifnya orang kita. Lain ditanya, lain pula yang dijawabnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com