Isnin, Mac 21, 2011

Alat sulit lelaki di Malaysia banyak yg dah out?


Assalamualaikum WBT,

Gambar diatas baru saja saya rakamkan pagi tadi. Lokasinya betul-betul dihadapan Hospital Serdang. Semua kenderaan yang nak ke Hospital Serdang pasti akan lalu disini termasuklah orang dari Kementerian Kesihatan dan Pengarah Hospital Serdang sendiri.

Persoalannya, kenapa iklan ubat kuat sebegini boleh sewenang-wenangnya berada disitu tanpa apa-apa tindakan diambil? Kalau tak silap saya, 2 minggu sebelum ini pun dah ada iklan tersebut. Hari ini saya datang ke Hospital Serdang menghantar isteri saya, iklan itu masih disitu.

Mungkin pihak pengurusan Hospital Serdang buat tak tahu sebab ianya diluar kawasan hospital. Namun ianya ada kait-mengait dengan hal-hal perubatan. Letaknya dihadapan hospital pula tu. Kalau susah sangat nak arahkan kontraktor pembersihan pergi cabut dan buang, telefon la jabatan yang bertanggungjawab dan laporkan perkara tersebut. Takkan itu pun susah. Hari-hari lalu depan tu pun takkan boleh tak nampak. 

Iklan yang tidak sesuai, berstatus 18SX dan main sangkut-sangkut camtu je boleh dibiarkan dengan sewenang-wenangnya tanpa apa-a[a tindakan diambil. Sehinggakan isteri saya menegur, teruk sangat ke alat sulit lelaki-lelaki kat Malaysia ni sampaikan depan hospital pun boleh ada iklan begini. Mungkin mereka yang bertanggungjawab dah ada yang mencuba kot. Sebab itulah buat tak reti je sebab mungkin ubat itu berkesan ke atas mereka.

5 ulasan:

  1. merata2 dah ada menda tu (iklan) semua.. ntah la.. kebanyakan lelaki xpercaya dgn diri sendiri kowt..

    BalasPadam
  2. terfikir juga soalan yang sama, tapi tak pernah cakap aje la..

    BalasPadam
  3. Ha.. ha... Komen isteri bro mungkin ada kebenarannya. Dalam satu kajian (oleh Durex), dilaporkan hampir 80% isteri di Malaysia tidak puas. Tak mahu ulas lanjut hal ini, kena cari laporan itu di Google jika mahu info lebih lanjut.

    Walau bagaimanapun, entry hangit minggu ini di Laman-Seri juga berkaitan dengan alat sulit lelaki, Pulih tenaga batin lelaki....

    BalasPadam
  4. sudah lama iklan tu bergantung di mana2 pun..seluruh malaysia pulak tu.

    nak buat macam mana..iklan tergantung sebab ada permintaan bukan?

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...