Jumaat, Februari 11, 2011

Statistik anak tidak sah taraf semakin membimbangkan.


Salam...

Kelahiran bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bernikah dengan sah. Tetapi menjadi igauan ngeri buat wanita-wanita yang mengandung tanpa mempunyai suami yang sah. Namun, bayi tersebut tetap dilahirkan dan telah dicop sebagai anak tidak sah taraf.

Bagi mereka yang masih mempunyai perikemanusiaan, walaupun melahirkan anak tidak sah taraf, akan terus menyayangi anak tersebut. Jika tidak sanggup utk dipelihara, sekurang-kurangnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat utk tindakan selanjutnya. Manakala yang bersifat lebih teruk dari binatang, sanggup mencampakkan bayi tersebut di tong-tong sampah, tangga-tangga masjid dan dimana saja yang difikirkan sesuai.


Statistik di atas dicatatkan oleh JPN bagi tempoh 2005-2009 yang saya perolehi disini . Statistik diatas bukanglah satu perkara mustahil jika kita baca sebanyak 623 anak tidak sah taraf dilahirkan untuk negeri Terengganu sahaja sepanjang tahun lepas. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan sepupu saya seorang doktor di HKL yang mengatakan, setiap hari ada sahaja anak tidak sah taraf yang lahir di HKL. Bagaimana pula dengan tempat2 lain?

Perkara ini sudah menjadi barah yang bagi pendapat saya masih boleh dirawat. Tetapi kaedah 'rawatannya' bukanlah dengan mengeluarkan artikel-artikel berkaitan, ataupun mengedarkan risalah-risalah, tetapi perlu satu pendekatan yang berlainan. Tindakan penguatkuasa membuat serbuan dan tangkapan keatas pelakunya juga satu tindakan yang wajar kita puji. Tapi bagaimana keberkesanannya?

Setiap tahun perkara ini semakin bertambah. Dengan artikel -artikel yang ditulis bagi menakutkan mereka2 ni tidak mendatangkan kesan walau sedikit pun. Ini kerana mata hati mereka telah buta. Ini bukan tanggungjawab penguatkuasa sahaja, malah kita semua bertanggungjawab atas perkara ini. Bagaimana langkah yang kita perlu ambil?

Kita semua mempunyai anak. Dan mahukah kita semua melihat anak2 kita berpeleseran dgn pasangan mereka di shopping mall mahupun di taman2 rekreasi tanpa orang lain mempedulikan perbuatan mereka? Sebagai bapa saya lebih rela anak saya ditegur oleh orang lain jika perbuatannya menyalahi adat dan agama. Jadi, kita semua adalah ibubapa kepada semua anak2 muda yang ada diluar sana. Mulakanlah langkah untuk AMBIL PEDULI keatas setiap perlakuan mereka. Jika tidak berani bertindak sendirian kumpulkan beberapa orang yang saya yakin tidak suka dengan perlakuan sumbang mereka didepan mata mereka yang akhirnya berakhir dibilik-bilik hotel. Hanya mengharapkan penguatkuasa menjalankan tugas mereka akan mengundang peningkatan angka ini setiap tahun. Saya AMBIL PEDULI. Anda bagaimana?

9 ulasan:

  1. anak-anak kena dilentur dari masa dalam perut lagi...sebab masa tu baby ni dah start belajar tentang life....semua bermula dari ibu-bapa yang mmencorakkan kain putih tersebut..iva lom ade rezeki lagi nak menimang cahayamata tapi iva percaya Allah lebih tahu ape yang terbaik utk hambaNya..InsyaAllah..amiinnn

    BalasPadam
  2. Kadang2 kita dah didik anak2 kita sebaik mungkin tapi keadaan persekitaran juga menpengaruhi mereka

    BalasPadam
  3. Shambaiduri11/2/11 10:07 PG

    Mencari faktor mengubat bagi perkara ini adalah sesuatu yang sia-sia. Ianya mungkin menjadi faktor perosak kepada masyarakat dengan maslah yang lain pula. Pada saya faktor pencegah adalah pemahaman dan perlaksanaa kepada: b. Bukankah mencegah itu lebih baik dari mengubat. Ini bermaksud; pemahaman kepada cara menutup aurat, pergaulan, dan sebagainya. Saya bagi 1 contoh; Kalau hendak mengerjakan haji, yang merupakan ibadat rukun; tidak boleh pergi bersendirian, mesti ditemani baik dengan mahram atau kawan rapat. Itu 1 contoh sahaja. Justeru hukum Allah tidak boleh diambil secara superficial sahaja. Waalhu'alam.

    Dalam apa juga perkara; faktor menugbat atau memperbaiki adalah lebih menguntungkan daripada mencegah.

    BalasPadam
  4. Abg Sham : Ambil peduli disini adalah salah satu faktor pencegah.

    BalasPadam
  5. didik anak2 cara islam dari kecil lagi...sbgi contoh...solat...jgn benarkan ank anda ke sekolah jika tidak menunaikan solat terlebih dahulu.....semmgnya lebih mudah untuk kita mengajar ank semasa kecil berbanding semasa ank meningkat remaja...ibubapa...harus kenal rakan anak2...dan jadikan lah anak sebagai rakan anda juga.juga jangan lupa doakan lah yg terbaik buat anak -anak kita.insyaallah...ada kejayaan jika islam dijadikan pegangan dan amalan untuk mendidik anak2.

    BalasPadam
  6. kalau tak mahu, jangan buang atau bunuh

    dosa membuat belum dikira, nak tambah dosa membunuh..

    tak fikir panjang.

    bagi kat saya saja.

    saya sanggup jaga dari biar macam tu

    BalasPadam
  7. as salam azwan,

    memang menakutkan melihat statistik tu tapi apa daya kita untuk mencegahnya..

    setuju sangat kita kena ambil peduli lebih tentang perkara ini.. kita kena kembali kepada sikap menjaga tepi kain semula, di mana perkara yang sumbang di depan mata, kita boleh menegurnya tanpa mengira ianya anak siapa..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama9/3/11 9:39 PTG

    bagi saya, masalah pembuangan bayi yg semakin berleluasa adalah lebih teruk dan perlu diberi keutamaan berbanding masalah "anak tidak sah taraf" dan pada pendapat saya, pandangan terlebih-lebih serong oleh masyarakat kolot terhadap "anak tidak sah taraf" adalah PUNCA UTAMA gadis2 membuat keputusan utk membuang bayi. hina sgt ke anak luar nikah? memang ada faktor2 lain yg terlibat dalam isu ini spt pergaulan bebas, pendidikan seks di sekolah, masalah keluarga, dll, TAPI kalau seseorang itu sudah mengandung, apa yg patut dia buat seterusnya? Tahan malu? Terima hukuman?

    BalasPadam
  9. Anon : Masalah IMAN. Inilah yang perlu dirawat terlebih dahulu. Jika IMAN tidak bermasalah, maka perkara-perkara lain tidak wujud.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...