Sabtu, Februari 12, 2011

Satu je dalam dunia


Salam...

Sejak pandai menggunakan google untuk mencari apa sahaja, saya telah perasan satu perkara. Nama isteri saya hanya satu je dalam dunia ni. Tiada orang lain yang menggunakan nama yang sama. Kalau ikut google la. Tak tau la pulak kalau-kalau ada orang lain yang ada nama yang sama seperti isteri saya tetapi tidak pernah langsung menggunakan internet dan disebabkan itu, saya tidak dapat mengesan kewujudan nama tersebut.

RUZLIFAH. Itulah nama isteri saya. Kalau ada yang tahu nama tersebut mereka pernah dengar dan kenal tolong maklumkan pada saya. Nanti saya akan buat pembetulan. Tapi dengan bantuan google dalam urusan harian, ternyata ianya banyak membantu. Untuk mencari resipi buat kuih apam pun isteri saya hanya perlu google sahaja.

Kadangkala banyak pertanyaan-pertanyaan ringkas yang kadangkala boleh terhurai dengan hanya meng'google' apa yang dicari. Tetapi kita tak boleh salahkan orang yang bertanya. Sebab, malu bertanya sesat jalan. Tapi banyak sangat tanya nanti dah tak nampak jalan. Jadi, untuk lebih mudah kita google je.

Namun begitu bukan semua perkara kita boleh google. Untuk mendapatkan lebih kefahaman adalah lebih baik kita cari gurunya. Tapi kalau nak tau nama kita dalam ranking nombor berapa dalam senarai google dan berapa ramai manusia yang mempunyai nama yang sama dengan kita, silalah google.

6 ulasan:

  1. mula2 nak google 1 perataan jek, tapi bila dah mula ngadap, mcm2 mender pulak yang digoogle.. berjam2 pulak ngadap google. Suka google sbb apa yg dicari pasti akan jumpa.

    BalasPadam
  2. Google mmg byk membantu, lebih efisyen dr Yahoo...

    Tapi cuba guna google tranlator..pecah perut menahan ketawa bila baca apa yang ditranslatekannya...

    BalasPadam
  3. My HR Mgr kalau kita tanya dia, dia selamba jawab, "Cuba Google... Google... Google... mesti jumpe!"

    BalasPadam
  4. salam kenal...

    guna google search beruk tadi..musykil2...kenapa keluar nama mamat tu...ada persamaan ke dia dengan beruk...?kuang3x...

    BalasPadam
  5. pelik jugak ye.. tapi berguna enchik google ni dalam idup.. cuma kekadang tu tensen la boss, kita nak google menda len, menda len yang kua.. hihi.. ;)

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama15/2/11 9:03 PG

    ada makna ke nama tu?
    maaf yerk.
    kalau nama tu hanya sorang je guna, dari satu sudut memang la baik, tapi dar sudut yg lain, adakah ia mempunyai makna.

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...