Khamis, Februari 10, 2011

Saya seorang je yang pandai.


Salam...

Gambar diatas saya rakamkan malam semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerumah daripada stadium Shah Alam. Kejadian berlaku di Dengkil. Sepatutnya saya tak lalu jalan tersebut. Disebabkan perut lapar dan saya mencari burger yang istimewa di Dengkil, saya lajakkan sedikit perjalanan saya.

Bukan kerana kemalangan di atas yang saya nak cerita. Tapi saya difahamkan pemandu van tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kalau diperhatikan mmg agak mustahil dijalan yg begitu lurus van tersebut boleh memanjat divider dan berhenti disitu. Pandai pulak di adjust tu. Ngam2 tengah2.

Sewaktu isteri saya mula belajar memandu, saya la guru pertamanya. Namun, saya ni memang takde talent nak jadi guru kerana jika saya menjadi guru habis semua anak murid saya akan kena marah dan tengking setiap hari. Ini termasuklah jika saya mengajar anak saya. Saya akui saya mudah marah jika mereka susah sangat nak faham. Sifat buruk inilah saya kena kikis dari dalam diri saya.

Saya seorang je yang pandai? Kenapa?

Inilah pesan saya kepada diri sendiri dan juga pada isteri saya.
Sewaktu memandu, kita kena anggap hanya diri kita sahaja yang pandai.
Pemandu lain semua bodoh kurang cerdik. Apabila kita ada perasaan begitu kita akan lebih berwaspada dan berjaga-jaga sewaktu memandu. Disimpang contohnya, kita kena beranggapan pemandu yang akan keluar dari simpang itu bodoh kurang cerdik kerana mungkin dia akan main keluar sahaja. Kita juga harus berwaspada di lampu isyarat kerana mungkin ada pemandu bodoh kurang cerdik akan main jalan sahaja walaupun lampunya merah.
Dan apa jua keadaan sekalipun.

Jadi sewaktu memandu kita semua kena anggap SAYA SEORANG JE YANG PANDAI. Insya Allah, kita akan menjadi lebih tenang semasa memandu dan sifat baran sewaktu memandu akan lenyap kerana dah sah-sah pemandu yang melakukan kesalahan dijalanraya tu kurang cerdik daripada kita. Jadi nak baran-baran pun takde guna. Untuk jadi pemandu yang berhemat, inilah yang amalkan.

9 ulasan:

  1. yer.. nak sematkan perkataan ni "saya sorang jek yang pandai".. Kat jalan raya mcm2 hal boleh berlaku.

    BalasPadam
  2. kenapalah di sini tiada simbol bagus? klau malas nak komen klik je pada simbol itu :D

    BalasPadam
  3. AzMask : Bukan bermaksud saya tak pandai ye.. hehe ;)
    Puan Zaliza : Komen membina yg lebih saya perlukan. Saya budak baru belajar berbanding puan yg lebih hebat menulis.

    BalasPadam
  4. Bg I,klu memandu, sentasa baca Basmalah...Insyallah hati tenang jiwa x resah...lg satu, layanlah lagu2 yg kte suka, sedikit sbyk kte xlah bosan...kdg2 ade pemandu xbg signal nk msuk simpang 3,I tunggu jer,ingatkan nak trus tgk2 dia belok,trus I maki jer time tu,pemandu bodoh! Ade signal xnak gune... pastu ble dah maki, pandu jer mcm biase sbb dah diluahkan... La la la...

    Bab mengjar jgak mmg kena byk sbr..thn 4 jd pendidik telah mematangkan I. Apapun pngalaman mngajar erti kedewasanm..

    Iklas... Sally...

    BalasPadam
  5. Salam saudara Aswan,
    maaf baru berkesempatan nak jenguk , brok slow sangat. Hmm bagus juga idea tu ya..saya seorang saja yang pandai..tetapi kena ingat ada juga orang yang lebih pandai dari kita...he he he..Anyway, sikap berhati - hati wajib ada dalam setiap pngguna jalanraya walau siapa pun anda.

    BalasPadam
  6. O ya saudara Azwan,
    saya telah meletakkan link blog saudara di blog saya. Terimakasih banyak - banyak kerna sudi bertukar - tukar link. Semoga kita akan mendapat keberkatan dari Allah swt.amin

    BalasPadam
  7. salam..
    berhati-hati dijalan raya...

    BalasPadam
  8. yup betul tu..saya setuju...lagi satu saya suka fikirkan xmahu disebabkan saya seorang buat hal takmau ikut peraturan sampai menyusahkan ramai lagi orang lain...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...