Isnin, Februari 28, 2011

Cikgu Cabul Sebelum Rotan?


Assalamualaikum WBT,

Membaca berita yang agak hangat di Harian Metro membuatkan saya menggelengkan kepala. Seorang guru, pendidik kepada pelajar-pelajarnya sanggup mencabul anak-anak didiknya. Walaupun jauh berbeza dengan Haruan Makan Anak seperti yang pernah saya utarakan, namun kes ini perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan kredibiliti seorang guru.

Namun terdetik juga difikiran, 12 orang pelajar perempuan dicabuli oleh seorang guru lelaki. 12 lawan 1. Budak sekolah menengah pulak tu. Kenapa membiarkan diri dicabul seorang demi seorang tanpa rasa ingin melawan pada ketika itu. Suka saya memetik petikan dari Cikgu Intan, "Dah tahu guru tu meraba kamu, seluk sana seluk sini, apa kata MELAWAN. Bagi penampar sedas, penerajang sebiji...itu baru dinamakan mempertahankan diri. Ini tidak, pi tadah badan, memang la...gediks juga tu....Lemah sangat ke 12 orang ni? ha??? Pelik!" .

Masuk akal juga apa yang diperkatakan. Mungkin juga murid-murid ini telah berkonspirasi sesama sendiri untuk mengenakan guru ini. 12 lawan 1. Sudah tentu 12 yang menang berbanding 1. Namun tidak perlu kita ulas perkara ini dengan panjang lebar dan perkara ini juga telah menjadi kes polis.

Jika benar kejadian ini berlaku adalah satu perkara yang sangat memalukan. Namun begitu janganlah disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga pula. Kerana dalam setandan pisang tidak mustahil akan ada satu dua yang rosak. Guru, harus terus dihormati. Kerana mereka ibarat ibubapa kedua kepada anak-anak kita. Hal ini telah saya jelaskan di sini. Jika benar guru tersebut mencabul dan mengambil kesempatan atas muridnya, hukumlah dengan seadilnya agar jadi pengajaran kepada yang lain.

6 ulasan:

  1. betuL tu. bukan semua cikgu macam tu.

    BalasPadam
  2. as'kum

    betul juga.

    12 org..kalau betullah..tak kan tak melawan langsung..

    BalasPadam
  3. jika cikgu tu benar2 bersalah, dia patut terima hukuman yg sewajarnya...

    kerana nila setitik, rosak susu sebelanga...

    memalukan betul perlakuan dia...

    BalasPadam
  4. Betul tu. Sungguh memalukan.

    BalasPadam
  5. kalau cadangan hukuman ditangan rakyat.. ape suggestion?

    BalasPadam
  6. tidak cerdik sebagai pendidik haruslah memberi contoh yang baik

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...