Selasa, Mac 01, 2011

Hentikan Pendakyah Kristian

Assalamualaikum WBT,

Pagi ini salah seorang pekerja aku berketurunan Orang Asli, memohon cuti tahun selama 3 hari.
Turut disertakan bersama borang cuti ialah surat rasmi permohonan cuti dan pamplet kursus yang hendak dihadiri. Terkejut juga aku terima surat rasmi lengkap dan diprintkan. Biasanya kalau nak suruh tulis menggunakan tangan pun mereka susah nak buat. Semakin maju masyarakat mereka ni.

Setelah disiasat, rupanya ada pihak ketiga yang mengatur semua ini. CAMP PRIA SEJATI MODUL 2. Itulah kursusnya.


Didatangkan khas dari Jakarta, Indonesia. Sebuah negara yang mempunyai penduduk seramai lebih 200 juta orang dan 80% adalah Islam, masih ada satu pasukan dakyah kristian mereka datang ke Malaysia untuk terus memesongkan rakyat negara ini khususnya masyarakat Orang Asli.

Lebih mendukacitakan, dalam pamplet tersebut terdapat penggunaan perkataan Allah yang mana ianya tidak bersesuaian langsung untuk digunakan disitu.



Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-82 yang telah pun membuat keputusan mengenai isu tersebut pada 5 – 7 Mei 2008 seperti berikut:
“ Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ”
Oleh itu, satu tindakan lebih tegas perlu diambil agar perkara ini tidak sewenang-wenangnya terus berlaku. Sokongan kepada pendakwah-pendakwah kita yang turun ke kampung-kampung orang Asli ini harus diberi sokongan sepenuhnya. Kadangkala yang menyedihkan ada yang mencemuh usaha murni mereka. Tapi jika tiada tindakan susulan dari pihak kerajaan mahupun pihak-pihak berkenaan, usaha yang mereka jalankan seperti mencurah air didaun keladi. Kedatangan pendakyah kristian seperti ini akan merosakkan usaha pendakwah Islam kita. 
Saya tidak pasti jika ada akta atau peruntukkan undang-undang yang boleh dikenakan atas pendakyah Kristian ini. Jika tidak ada, maka, perlu diwujudkan dengan segera untuk mengekang perkara ini dari terus berleluasa. Jika ada, langkah pemantauan haruslah diperhebatkan kerana dakyah kristian ini tidak pernah berhenti. Dan adalah menjadi harapan kita, usaha dakwah yang dilaksanakan oleh agama kita tidak pernah mengenal erti putus asa. 

1 ulasan:

  1. as;kum

    orang sana memang suka buat onar di negara kita

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...