Selasa, Jun 26, 2012

Kembara Amal 4X4 Kelab D'Harung - Hari Kedua (Agihan Sumbangan)


Assalamualaikum WBT,

Selesai membersihkan diri peserta konvoi meneruskan tugas masing-masing. Sebahagian menyediakan juadah untuk 'Cakraya' (makan besar) menjamu seluruh penduduk di Pos Kuala Mu. Menunya sangat mudah. Nasi putih, ayam goreng dan ayam masak kari. 50 ekor ayam diperlukan untuk 'Cakraya'.


Sebahagian yang pula termasuk saya sendiri membawa barang-barang keperluan harian yang siap dibungkus semula untuk diagihkan kepada 3 buah kampung terlebih dahulu. Kami pergi ke Kg.Gapeh yang mempunyai bilangan rumah terbesar di Pos Kuala Mu dengan bilangan 43 buah keluarga.


Selesai di Kg.Gapeh, kami menyampaikan pula sumbangan bagi pihak tuan/puan di Kg.Kuala Mu yang mempunyai bilangan ketua keluarga seramai 24 orang.


 
Seterusnya kami ke Kg.Toh yang mempunyai 19 buah keluarga. Disamping menyampaikan sumbangan kami turut menjemput mereka semua bagi menghadiri 'Cakraya' yang akan kami buat jam 9.00 malam di Kg.Kuala Mu.


Sebanyak 120 bungkus barangan keperluan yang dapat kami sediakan hasil sumbangan tuan/puan semua. Setiap bungkusan mengandungi 2kg beras, 1kg gula, 1 peket garam, 1 peket minyak masak, kopi dan teh.




Selesai menyampaikan bantuan di 3 buah kampung kami balik semula di Kg.Bersah tempat kami berehat serta bersiap-siap untuk solat jamak maghrib dan isyak. Sementara menunggu persiapan untuk 'Cakraya' selesai, kami dijamu dengan hidangan Ubi Jaga goreng dan air kopi yang disediakan oleh isteri tok batin yang kami panggil Ummi.


Ummi turut sama membantu kami menggoreng ayam untuk 'Cakraya'


Bersambung di catatan seterusnya .....

1 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...