Ahad, Februari 13, 2011

Tolong...lah jangan jadi bangang.

Assalamualaikum WBT,


Agak ganas sikit tajuk bagi posting kali ini. Walaupun tajuk ganas, namun isinya lembut...


14 Februari setiap tahun akan diraikan oleh pasangan yang sedang asyik masyuk bercinta. Aku pun tak faham kenapa la diorang ni terutamanya yang beragama Islam menjadikan tarikh 14 Februari sebagai tarikh untuk mereka raikan. Sedangkan banyak sangat artikel tentang perkara ini dengan pelbagai versi telah dipaparkan. Antaranya dan yang paling tepat ialah versi yang ini.

"Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian."
Jadi aku tak faham sungguhlah kenapa muda mudi kita yang beragama Islam sibuk-sibuk nak pergi celebrate benda ni. Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM juga dengan jelas mengatakan keharamannya. Pasangan-pasangan kekasih sebelum berkahwin ni pun satu hal. Posting yang lepas aku ada bercerita tentang panggilan-panggilan manja yang menggelikan telinga aku mendengarnya. Langkah untuk kita sama-sama ambil peduli juga telah aku terangkan dalam posting Jumaat lepas.

Jadi, buat muda-mudi yang sedang dilamun cinta tu, aku merayu ni..  
     Tolong...lah jangan jadi BANGANG. 


Sabtu, Februari 12, 2011

Satu je dalam dunia


Salam...

Sejak pandai menggunakan google untuk mencari apa sahaja, saya telah perasan satu perkara. Nama isteri saya hanya satu je dalam dunia ni. Tiada orang lain yang menggunakan nama yang sama. Kalau ikut google la. Tak tau la pulak kalau-kalau ada orang lain yang ada nama yang sama seperti isteri saya tetapi tidak pernah langsung menggunakan internet dan disebabkan itu, saya tidak dapat mengesan kewujudan nama tersebut.

RUZLIFAH. Itulah nama isteri saya. Kalau ada yang tahu nama tersebut mereka pernah dengar dan kenal tolong maklumkan pada saya. Nanti saya akan buat pembetulan. Tapi dengan bantuan google dalam urusan harian, ternyata ianya banyak membantu. Untuk mencari resipi buat kuih apam pun isteri saya hanya perlu google sahaja.

Kadangkala banyak pertanyaan-pertanyaan ringkas yang kadangkala boleh terhurai dengan hanya meng'google' apa yang dicari. Tetapi kita tak boleh salahkan orang yang bertanya. Sebab, malu bertanya sesat jalan. Tapi banyak sangat tanya nanti dah tak nampak jalan. Jadi, untuk lebih mudah kita google je.

Namun begitu bukan semua perkara kita boleh google. Untuk mendapatkan lebih kefahaman adalah lebih baik kita cari gurunya. Tapi kalau nak tau nama kita dalam ranking nombor berapa dalam senarai google dan berapa ramai manusia yang mempunyai nama yang sama dengan kita, silalah google.

Jumaat, Februari 11, 2011

Statistik anak tidak sah taraf semakin membimbangkan.


Salam...

Kelahiran bayi adalah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang bernikah dengan sah. Tetapi menjadi igauan ngeri buat wanita-wanita yang mengandung tanpa mempunyai suami yang sah. Namun, bayi tersebut tetap dilahirkan dan telah dicop sebagai anak tidak sah taraf.

Bagi mereka yang masih mempunyai perikemanusiaan, walaupun melahirkan anak tidak sah taraf, akan terus menyayangi anak tersebut. Jika tidak sanggup utk dipelihara, sekurang-kurangnya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat utk tindakan selanjutnya. Manakala yang bersifat lebih teruk dari binatang, sanggup mencampakkan bayi tersebut di tong-tong sampah, tangga-tangga masjid dan dimana saja yang difikirkan sesuai.


Statistik di atas dicatatkan oleh JPN bagi tempoh 2005-2009 yang saya perolehi disini . Statistik diatas bukanglah satu perkara mustahil jika kita baca sebanyak 623 anak tidak sah taraf dilahirkan untuk negeri Terengganu sahaja sepanjang tahun lepas. Ini dikuatkan lagi dengan kenyataan sepupu saya seorang doktor di HKL yang mengatakan, setiap hari ada sahaja anak tidak sah taraf yang lahir di HKL. Bagaimana pula dengan tempat2 lain?

Perkara ini sudah menjadi barah yang bagi pendapat saya masih boleh dirawat. Tetapi kaedah 'rawatannya' bukanlah dengan mengeluarkan artikel-artikel berkaitan, ataupun mengedarkan risalah-risalah, tetapi perlu satu pendekatan yang berlainan. Tindakan penguatkuasa membuat serbuan dan tangkapan keatas pelakunya juga satu tindakan yang wajar kita puji. Tapi bagaimana keberkesanannya?

Setiap tahun perkara ini semakin bertambah. Dengan artikel -artikel yang ditulis bagi menakutkan mereka2 ni tidak mendatangkan kesan walau sedikit pun. Ini kerana mata hati mereka telah buta. Ini bukan tanggungjawab penguatkuasa sahaja, malah kita semua bertanggungjawab atas perkara ini. Bagaimana langkah yang kita perlu ambil?

Kita semua mempunyai anak. Dan mahukah kita semua melihat anak2 kita berpeleseran dgn pasangan mereka di shopping mall mahupun di taman2 rekreasi tanpa orang lain mempedulikan perbuatan mereka? Sebagai bapa saya lebih rela anak saya ditegur oleh orang lain jika perbuatannya menyalahi adat dan agama. Jadi, kita semua adalah ibubapa kepada semua anak2 muda yang ada diluar sana. Mulakanlah langkah untuk AMBIL PEDULI keatas setiap perlakuan mereka. Jika tidak berani bertindak sendirian kumpulkan beberapa orang yang saya yakin tidak suka dengan perlakuan sumbang mereka didepan mata mereka yang akhirnya berakhir dibilik-bilik hotel. Hanya mengharapkan penguatkuasa menjalankan tugas mereka akan mengundang peningkatan angka ini setiap tahun. Saya AMBIL PEDULI. Anda bagaimana?

Khamis, Februari 10, 2011

Saya seorang je yang pandai.


Salam...

Gambar diatas saya rakamkan malam semalam sewaktu saya dalam perjalanan pulang kerumah daripada stadium Shah Alam. Kejadian berlaku di Dengkil. Sepatutnya saya tak lalu jalan tersebut. Disebabkan perut lapar dan saya mencari burger yang istimewa di Dengkil, saya lajakkan sedikit perjalanan saya.

Bukan kerana kemalangan di atas yang saya nak cerita. Tapi saya difahamkan pemandu van tersebut berada dalam keadaan mabuk dan kalau diperhatikan mmg agak mustahil dijalan yg begitu lurus van tersebut boleh memanjat divider dan berhenti disitu. Pandai pulak di adjust tu. Ngam2 tengah2.

Sewaktu isteri saya mula belajar memandu, saya la guru pertamanya. Namun, saya ni memang takde talent nak jadi guru kerana jika saya menjadi guru habis semua anak murid saya akan kena marah dan tengking setiap hari. Ini termasuklah jika saya mengajar anak saya. Saya akui saya mudah marah jika mereka susah sangat nak faham. Sifat buruk inilah saya kena kikis dari dalam diri saya.

Saya seorang je yang pandai? Kenapa?

Inilah pesan saya kepada diri sendiri dan juga pada isteri saya.
Sewaktu memandu, kita kena anggap hanya diri kita sahaja yang pandai.
Pemandu lain semua bodoh kurang cerdik. Apabila kita ada perasaan begitu kita akan lebih berwaspada dan berjaga-jaga sewaktu memandu. Disimpang contohnya, kita kena beranggapan pemandu yang akan keluar dari simpang itu bodoh kurang cerdik kerana mungkin dia akan main keluar sahaja. Kita juga harus berwaspada di lampu isyarat kerana mungkin ada pemandu bodoh kurang cerdik akan main jalan sahaja walaupun lampunya merah.
Dan apa jua keadaan sekalipun.

Jadi sewaktu memandu kita semua kena anggap SAYA SEORANG JE YANG PANDAI. Insya Allah, kita akan menjadi lebih tenang semasa memandu dan sifat baran sewaktu memandu akan lenyap kerana dah sah-sah pemandu yang melakukan kesalahan dijalanraya tu kurang cerdik daripada kita. Jadi nak baran-baran pun takde guna. Untuk jadi pemandu yang berhemat, inilah yang amalkan.

Syabas Malaysia


Salam...

Tahniah buat semua pemain negara yang bermain dengan baik malam ni. Kejayaan menumpaskan Hong Kong (ranking ke 143) adalah satu petanda yang bolasepak Malaysia (ranking ke 140) kian maju dan sedang menuju puncak. Syabas kepada semua pemain.

Buat semua penyokong yang hadir ke stadium malam tadi, syabas diucapkan. Walaupun hanya perlawanan persahabatan dan harga tiket yang agak mahal (RM20.00), namun gigih juga utk dtg ke stadium. Walaupun tak ramai, namun suasana meriah dengan gelagat Ultras Malaya yang tak berhenti-henti menyanyi dan menari sungguh menghiburkan.


Jika harga tiket jika murah sikit, mungkin akan mengundang lebih ramai penonton ke stadium. FAM kena kaji ni. Dah la semua barang naik tak heengatt.. harga tiket pun korang nak naikkan. Kalau tak silap game MSL di Shah Alam tiketnya naik lima hengget. Deyyy FAM, patut2 la. Sian mat2 rempit tak dapat tgk bola. Agaknya FAM ni suka budak2 rempit ni abiskan masa dgn merempit je agaknya.

Rabu, Februari 09, 2011

Jom pegi stadium


Salam...

8.45 malam ini pasukan Harimau Malaya kita menerima kunjungan Hong Kong di Stadium Shah Alam. Jom ramai-ramai kita kasi gegar Stadium Shah Alam. Aku pun nak lepas geram sebab masa final lawan Indon hari tu aku dapat duk atas lantai je. Sakit betul hati bayar tiket mahal2. Harap takde la live malam ni bior padan muka yg mengharapkan ada live dan malas nak stadium. Muahahahahahahaha..

Daun kucai


Salam...

Isteri aku baru je update kat wall FB dia "sambil tergelak sendiri....daun kucai= daun bawang...". Hehehehe.. Siapa la punya keje tu ye.

Siapa lagi kalau tak laki dia ni. Siapa laki dia? Siapa lagi kalau bukan aku. Hehehe. Macam mana aku boleh tersilap beli daun bawang dengan daun kucai. Mungkin aku tension semalam masa kat pasar malam.

Sebab yang pertama - aku tension pasal ikan dah habis licin. Hanya seorang apek je yang jual ikan semalam. Tak abis beraya lagi apek-apek ni.

Sebab yang kedua - harga barang mahal betul.. Selalu sayur 3 ikat 2 hengget. Sekarang dah jadi seikat sehengget. Pulak tu, ciput.. je. Nak kena ambik 2 ikat utk keluarga besar macam aku ni bagi sekali makan. Barang lain toksah citer la.

Sebab yang ketiga - aku nak buktikan yang orang lelaki kalau ke pasar takkan lebih dari 20 minit berbanding perempuan yang akan habiskan masa hampir sejam di pasar. Hehehe.

Jadi, jawapan2 ni untuk isteri tersayang yang semalam memang membebel lepas tgk barang2 yang aku beli dipasar sendirian. Dia pun tak berapa sihat memandangkan kandungannya dah masuk minggu yg ke-32. Dia tulis kat FB aku jawab kat blog. Hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...