Rabu, Jun 13, 2012

Excavator vs Wira


Assalamualaikum WBT,

Dah duduk dalam BBM Group Ondscene ni, hari ni nak menulis gaya Ondscene.my

Simpang Surau Kg.Lalang
Kampung Lalang, Dengkil,
Sepang, Selangor
12 Jun 2012
3.45 petang

Nama : Tidak diketahui berbangsa India - Cedera ringan



Apabila jentera berat bergerak tanpa pengawasan yang betul akibatnya sangat dahsyat. Kejadian berlaku di simpang 4 dalam kawasan kampung.


Jentera excavator baru menyelesaikan tugasnya dan bergerak untuk menuju ke tempat tugasan terbaru. Datang dari arah ini dan ingin melintas jalan tanpa pengawasan.


Sebuah Proton Wira datang dari arah Kg. Ampar Tenang dipercayai dipandu laju terus saja melanggar 'arm bucket'  excavator tanpa sedikit pun kesan brek yang kelihatan.


Kesan pelanggaran yang dahsyat ini telah mengakibatkan bumbung kereta Wira ini terus terlipat dari depan ke belakang. 


Jika dilihat dari keadaan kereta, ramai yang menyangka mangsanya mengalami kecederaan yang serius. Namun mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dibahagian kepala dipercayai terkena cermin yang pecah. 

Kejadian dapat dielakkan jika :

1) Jentera berat bergerak dengan pengawasan
2) Pemandu kereta tidak memandu laju di kawasan kampung
3) Pihak berkenaan membuat garisan jalan yang sempurna serta papan tanda berhenti.











7 ulasan:

  1. Datang dari arah ini dan ingin melintas jalan tanpa pengawasan. < ayat ni tak difahami...arah ini tu arah mana?


    hahahahaha..... kena menuntut dgn ondscene lagi ni

    BalasPadam
  2. fuyoo..dahsyat tu pemandu cedera ringan...!

    BalasPadam
  3. hihi...ttp xpaham melintas tanpa pengawasan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jentera berat sepatutnya perlu ada pengawasan trafik (org memegang bendera). Jika tiada inilah akibatnya.

      Padam
  4. kereta tuh laju lah tuh......

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...