Selasa, Jun 12, 2012

#Euro2012 - Mata peminat bola bengkak disiang hari


Assalamualaikum WBT,

Musim mata bengkak disiang hari kembali lagi. Inilah kelaziman setiap 4 tahun berbeza dengan Piala Dunia kerana waktu Piala Dunia adakalanya hampir sama dengan waktu di negara kita. Tapi apabila Piala Euro sudah menjelma, sudah barang tentulah masa untuk kita menontonnya diwaktu orang yang tidak hiraukan pasal bola sedang lena diulit mimpi.

Kaki bola, memang tidak kenal erti mengantuk. Apetah lagi jika perlawanan itu melibatkan pasukan pilihannya. Segala macam kopi akan diteguknya. Baik strong mahupun kurang strong. Tujuannya, untuk memastikan dia dapat menonton pasukan kegemaran beraksi. Hasilnya, mata akan membengkak disiang hari kerana tidak cukup tidur diwaktu malam.

Rakan-rakan seperjuangan yang berjaga diwaktu malam, jangan pula kita gadai waktu solat subuh kita kerana sebiji bola. Bagi yang jarang-jarang solat subuh berjemaah dimasjid inilah masanya. Selamat menonton dan jangan tinggalkan solat. Walaupun kalah game pertama, Netherlands tatap jadi pilihan... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...