Selasa, Mei 22, 2012

Iklan Seks di Harian Metro


Assalamualaikum WBT,

Lanjutan dari catatan Urutan Seks yang pernah saya tulis pada bulan Januari, banyak contengan nombor telefon didinding telah dicat oleh pihak berkuasa tempatan. Namun satu perkara mengejutkan mereka telah menggunakan modus operandi terkini dan lebih memungkinkan untuk mendapat pelanggan yang lebih ramai, saluran iklan di akhbar digunakan. 

Apa yang sangat mengejutkan Harian Metro dipilih sebagai tempat bapa ayam ini meletakkan iklan. Hasil panggilan yang saya buat, mereka terus sms sebutharga seperti gambar diatas. Nombor tersebut saya dapat dari ruangan iklan Harian Metro bertarikh 21/5/2012. Pelik.. Harian Metro banyak membongkar aktiviti-aktiviti tidak bermoral ini namun bahagian iklannya pula memaparkan iklan bapa ayam pula. 

Tidak sepatutnya perkara ini berlaku kerana sebagai akhbar tabloid pilihan no.1 di Malaysia harus memeriksa dengan terperinci setiap iklan yang ingin disiarkan. Janganlah mementingkan keuntungan yang tidak seberapa tetapi apa yang sering dipaparkan dimuka depan Harian Metro rupanya bermula dibahagian iklannya.

Harap satu tindakan lebih tegas diambil oleh kerajaan bagi menangani gejala sosial yang semakin teruk ini. Kewujudan rumah urut yang semakin banyak dan bertopengkan khidmat refleksologi namun disebalik tabir ada menyediakan khidmat yang lebih dari itu. Kaji kembali lesen yang diberikan. Jika benar hanya refleksologi mengapa perlu ruangan bertutup sedangkan untuk mengurut kaki cukup hanya dengan sebuah kerusi dan ditepi jalan pun boleh buat refleksologi.

2 ulasan:

  1. yela...pun bersepah iklan nombor ekor dlm tu..mcm2 ada..selongkar tp mcm menggalak sama..hai..

    BalasPadam
  2. Mereka semakin berani kerana mereka tak kena tindakan. macam bukan duduk kat Negara Islam je

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...