Jumaat, Mei 18, 2012

Bina masjid tak susah, tapi bukan untuk diguna seminggu sekali.


Assalamualaikum WBT,

Selak-selak akhbar di pejabat pagi ini, terlihat tajuk seperti didalam gambar ruangan Sental Berita Harian. Tajuknya bagus, menceritakan perihal kekurangan masjid di Cyberjaya namun dari bagaimana pula dengan pengimarahannya?

Membina masjid bukanlah satu perkara yang sukar. Kerajaan sangat prihatin dan sentiasa mengambil berat atas perkara tersebut. Namun perlukah sebuah masjid didirikan dikawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tidak ramai dan hanya dipenuhi manusia untuk bekerja disiang hari. Kerana masjid yang dibina itu pastinya akan lengang untuk solat 5 waktu dan hanya dipenuhi manusia seminggu sekali iaitu pada waktu solat Jumaat.

Di Cyberjaya, terdapat 2 masjid untuk bersolat Jumaat. Di Multimedia Universiti dan di Balai Bomba Cyberjaya. Namun kedua-duanya akan sunyi sepi dan bilangan jemaah tidak melebihi 5 orang pada satu-satu masa di waktu solat fardhu. Jadi, wajarkah kita terus membina masjid yang banyak jika pengimarahan terhadap masjid itu sangat mendukacitakan. Masjid yang terdekat dengan Cyberjaya hanya 5km sahaja perjalanan di laluan yang cukup selesa bukan lebih 20km seperti yg dilaporkan.
Bagus untuk mendirikan lebih banyak rumah Allah. Tidak ada salahnya. Namun dari segi pengimarahannya bagaimana pula? Bilangan lampu dan kipas melebihi jumlah bilangan manusia yang hadir 5 waktu sudah cukup utk membuatkan kita perlu berfikir secara serius bagaimana cara utk menarik lebih ramai jemaah hadir. Bilangan jemaah yg ada semakin berkurang kerana majoriti mereka adalah warga emas. Namun usaha bagi menambahkan jemaah semakin lesu.

Untuk itu, marilah kita giatkan kempen Jom ke Masjid setiap waktu solat agar masjid sedia ada dipenuhi jemaah setiap waktu solat fardhu. Jika ini berjaya dilaksanakan, tidak ada sebab mengapa pihak berwajib tidak boleh menyediakan masjid baru yang lebih besar dan selesa untuk kegunaan jemaah masjid. Realitinya, keadaan sekarang adalah sangat mendukacitakan kerana masih ada masjid yang dipenuhi habuk dan tahi cicak kerana hanya digunakan seminggu sekali.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 ulasan:

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...