Assalamualaikum WBT,
Biasa terlihat perkataan ini di mesin ATM?
Apa perasaan anda terlihat perkataan ini yang tertera saat anda sangat memerlukannya?
Untuk mengeluarkan wang mungkin boleh cari bank yang lain. Kerana meps memudahkan urusan anda untuk mengeluarkan wang tak kira di mana-mana mesin ATM pun. Akan tetapi bagaimana pula jika ianya berlaku di CDM (Cash Deposit Machine)?
Inilah yang masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan pengguna CDM termasuk saya. Kalau bank tu letaknya sebelah rumah mungkin tak jadi isu. Ini dah la jauh. Meredah banyak lampu isyarat akhirnya tiba disambut dengan OUT OF SERVICE. Rasa nak hempas pun ada. Jadi, bila ada peminjam yang terlewat menjelaskan ansuran bulanan mereka, jangan pula sibuk nak telefon tak kira waktu. Padahal mereka dah datang ke bank yang ada sediakan kemudahan CDM tetapi tak boleh nak masukkan duit.
Begitu juga jika ada peminjam yang terkurang bayar jangan sibuk-sibuk nak hantar surat bagai. Kadangkala ada peminjam yang dah berlebih-lebih nak bayar, tapi CDM tu 'lorat' semacam tak mahu menerima beberapa keping wang yang sama. Nak masuk RM1000 dah jadi RM850 sebab 3 keping wang RM50 tak diterima padahal baru je keluar dari ATM mesin bank sama.
Jadi, bila ada orang dari bank call, kita jawab elok-elok.
- Saya dah pergi bank. Tapi mesin CDM Out Of Service. Saya nak buat camne lagi. Nanti suruh bank letak CDM kat setiap lorong taman perumahan ye.
- Saya masukkan duit berlebih-lebih. Bukan duit rupiah. Tapi mesin awak yang tak mahu terima. Saya nak buat macammana. Kita bayar dia yang tolak.
Huh! Banyak masalah CDM ni. Dan minta sangatlah bank-bank berkenaan bantu kami agar masalah ini tidak terlalu kerap berlaku. Kami bukan guna air di kereta kami untuk berulang alik ke bank. Kami juga bukan selalu 'free' asik nak pergi ke bank je. Jadi bantulah kami. Jangan pula kata online banking kan ada... Abis, nak masukkan duit bagi membolehkan untuk buat transaksi melalui online tu melalui CPU ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com