Jumaat, April 06, 2012

Foto Panas di Facebook


Assalamualaikum WBT,

Adakah anda tahu apa saja yang anda baca dan lihat melalui Facebook akan diketahui oleh orang lain. Namun sangat mendukacitakan jika perkara tersebut adalah sesuatu yang agak sensasi dan sememangnya dicari oleh ramai pengguna di laman cyber ini.

Lebih mendukacitakan jika yang berminat untuk mengambil tahu kisah sensasi seperti di atas datangnya dari mereka yang meletakkan gambar profil mereka dengan berkopiah. Lelaki yang sentiasa berkopiah putih sudah pastinya mempunyai akhlak yang baik dan tidak akan terpengaruh untuk mengetahui cerita-cerita seperti diatas.

Bukan maksud saya orang tidak berkopiah boleh melihat dan membaca cerita-cerita yang disertakan gambar lucah begitu. Tetapi bila orang lihat seorang lelaki dengan berkopiah putih sudah tentu akan menjadi satu contoh untuk diikuti oleh orang lain. Kopiah yang lekat dikepala adalah satu benteng kepada diri untuk melakukan sesuatu yang tidak manis.

Tidak bermaksud juga ingin mencari kesalahan orang lain, tetapi sebagai seorang Islam sudah tentu orang Islam yang lain adalah saudara saya. Dan sebagai saudara tanggungjawab tegur menegur itu adalah satu perkara yang dituntut. Saya tahu dan sedar ramai yang tak selesa dan akan berkata "Dia ni suka cari kesalahan orang je". Jika perkara dah tertera didepan mata takkan kita nak diamkan sahaja. Dan saya sangat suka jika saya melakukan kesilapan orang menegur saya. Bukan nak suruh orang lain jadi hipokrit tapi tak perlulah perbuatan kita itu ditonton oleh orang lain.

Berhati-hatilah dalam melayari dunia cyber ini. Ini kerana ada suara-suara nakal yang suka berkata "Alah..pakai je tudung labuh. Perangai lagi teruk dari kita". "Eleh.. berkopiah je lebih..." Yang berkata pula adalah saudara seIslamnya sendiri. Maka jadilah Islam itu terus bersengketa dan prinsip persaudaraan terus terhakis. Semoga Allah SWT lindungi kita dan sentiasa memperbetulkan amal perbuatan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...