Khamis, Mac 22, 2012

Tujuan Bersenam





5 ALASAN YG KELIHATAN "positif" PADA MULANYA UTK ANDA BERSENAM TETAPI BOLEH MENJADI NEGATIF                                                                                


1. Kerana anda merasa gemuk.


Adakah anda bersenam di pagi hari selepas  makan mlm yang tidak sihat untuk membantu anda membakar lemak pd malam sebelumnya dgn cara yg memaksa diri? Apa yang tidak perlu anda lakukan adalah menghukum diri sendiri dengan bersenam. Bersenam tidak perlu merasa seperti penyeksaan atau digunakan sebagai cara untuk menghukum diri sendiri selepas makan yg banyak.

ALASAN YG LEBIH BAIK:

Bersenam adalah untuk merasa sihat dan lebih energetik. Jangan pksa diri anda sendiri dengan senaman yg berlebihan. Fokus pada seberapa baik senaman itu membuat anda merasa cergas dan seterusnya meningkatkan kesihatan anda. Dengan menggerakkan tubuh anda dgn cara yg positif adalah satu cara untuk membakar kalori dgn efektif. Ini akan membantu anda mendapat keputusan yg anda idamkan.

2. Bersenam atas sebab untuk makan apa pun yang anda inginkan. 



Jika satu-satunya motivasi anda untuk brsenam anda perlu memikirkn semula keutamaan anda, sudah tentunya bersenam dapat mengimbangi kalori yg tinggi dalam tiap makanan yg anda ambil. Tetapi mesti diingat anda terdedah lebih mudah untuk makan terlalu banyak kalori daripada membakar semula. Bahkan, sekiranya anda mkan satu set big mac (tidak termasuk kentang goreng dan soda) masa diperlukan adalah sekitar satu jam berjogging untuk membakarnya.sementara gula dan makanan ringan yang lain tidak memberikan vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk mencapai matlamat kecergasan anda.

ALASAN YG LEBH BAIK:

Bersenamlah utk kesihatan anda dan sekali sekala manjakan diri anda dengan makanan  kegemaran anda. Sebaliknya jangan hanya bersenam untuk mmbolehkan anda makan apa pun yang anda inginkan. Senaman adalah sebagai cara untuk menyokong gaya hidup sihat dengan meningkatkan kecergasan dgn tidak mengamalkan diet yang buruk.

3. Untuk melarikan diri dari masalah.



Setiap dari kita tidak dapat tidak mengelak dari merasa stress atau masalah yg membelenggu, dan sukan atau bersenam boleh menjadi alternatif menangani stress yang baik.Tetapi jika anda menggunakan sukan atau senaman sebagai cara untuk melarikan diri dari semua masalah,anda mungkin tidak akan menyelesaikan masalah. Senaman sahaja tidak akan menyelesaikan semuanya. Anda harus menghadapi kehidupan dengan cara yg lebih yakin.

ALASAN YG LEBH BAIK

Dengan bersenam dan bersukan akan membuat anda lebih bersedia untuk menangani masalah yang muncul. Alihkn tumpuan anda dari masalah semasa brsenam atau melakukn aktiviti fizikal dan fokus kpd aktiviti anda. Gunakan masa brsenam utk merehatkan stress anda untuk sementara waktu. Kerana apabila anda terlibat dalam aktiviti fizikal, penyelesaian baru atau idea akan datang kepada anda bagaimana utk menyelesaikn masalah.

4. Bersenam kerana anda sukar tidur. 



Latihan ini dikenali sebagai "booster" tenaga badan. Tapi jika anda menggunakan senaman sebagai cara untuk mmbuat anda supaya merasa mudah utk merehatkan badan selepas aktiviti fizikal anda sebenarnya tidak akan mendapatkan cukup rehat. Senaman yg anda lakukan sebenarnya membahayakan tubuh anda.Tanpa rehat yang cukup,anda boleh mengalami kesan"overtraining",yang mana boleh mencederakan otot  dan membuat anda lemah. Tanpa tidur dan rehat yg mencukupi ia mempunyai banyak kesan negatif terhadap kesihatan, dari berat badan hingga peningkatan risiko penyakit jantung.

ALASAN YG LEBIH BAIK: 

Bersenamlah untuk meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan,termasuk waktu rehat anda.Ini sangat penting untuk kebaikan tubuh dan memberikan diri anda waktu rehat yang diperlukan dgn mencukupi. Penyelidikan menunjukkan bahawa bersenam dapat memperbaiki jadual tidur. Jadi fokuskan pada perkara positif daripada menggunakan senaman sebagai cara utk mmbantu anda supaya senang utk berehat di malam hari.

5. Bersenam untuk menguruskan badan. 



Tidak ada yang salah dengan keinginan untuk kelihatan menarik dan dgn bersenam atau bersukan boleh membantu anda utk mencapai mtlamat anda. Tetapi jika anda melihat bersenam sebagai cara yg tidak lebih daripada medium untuk menguruskan badan, ini adalah silap. Bersenam adalah satu kemestian untuk semua orang! Senaman adalah sebagai satu cara untuk mendapat tubuh yg anda impikan. Namun jika anda bersenam dalam jumlah yang melampau atau intensiti yg tnggi semata2 untuk menguruskn badan, anda perlu mengubah persepsi ini.Ini adalah alasan yang tidak sihat untuk latihan yang hanya menyakiti tubuh.

ALASAN YG LEBIH BAIK: 

Bersenam dgn latihan pada setiap otot anda-kerana itu baik untuk anda dgn cara "ansur maju". Bersenam tidak hanya untuk orang yang perlu menurunkan berat badan-bahkan orang yg kurus juga perlu bersenam untuk kesihatan. Jadi, pilih senaman  yg sesuai dgn anda untuk jangka panjang.dan ini juga mmbntu untuk meningkatkn intensiti senaman anda. Jika anda tidak dapat bersenam selama lima hari setiap minggu seperti yg disarankn, maka beralihlah kepada senaman yang anda dapat jadikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda.                               


-petikan i-sihat april 2011- 
Ttulisan Latiff Hj Mokhtar "Meet the trainer @ Pullman" 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...