Rabu, Mac 21, 2012

Culik diri sendiri


Assalamualaikum WBT,

Ahad lepas Malaysia digemparkan kerana kisah penculikan ala drama minggu ini dimana seorang gadis perempuan berusia 15 tahun diculik di khalayak ramai. Satu Malaysia menjadi bimbang akibat kejadian itu dan rasa simpati dihulur termasuk menyebarkan maklumat mengenai kisah penculikan tersebut termasuklah saya disini.

Hari ini melalui Blackberry Messengger Group Ondscene.My  saya mendapat tahu kisah penculikan itu adalah dirancang dan tidak berlaku penculikan sebenarnya. Maklumat lanjut saya perolehi dari Metro Online .

Apa la tujuan budak perempuan tu buat perkara yang telah menyusahkan semua pihak. Satu Malaysia kena main. Lepas ni kalau ada orang kena culik betul-betul pun orang akan buat tak peduli dah agaknya sebab dah letih kena main. Hmmm entahlah... Yang pasti budak tu dah jadi glamer dalam sekelip mata.

2 ulasan:

  1. susah nak cakap remaja zaman sekarang.. ikot suka hati je tak fikir tentang perasaan orang lain yang ikhlas menolong.. minta dijauhkan segala musibah ini daripada keluarga kita dan umat islam yang lain.. insyaallah amin...

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...