Sabtu, Mac 17, 2012

Cuti-cuti Malaysia di Kota Bharu II

Assalamualaikum WBT,

Setelah selesai menjamakkan qasarkan solat zohor dan asar, kami keluar meronda-ronda bandar Kota Bharu. Inilah kali pertama saya nak meronda-ronda disini dan ya, satu pemandangan yang jarang-jarang saya lihat kerana majoriti perempuan di Kota Bharu berbaju kurung dan manis bertudung. Agak sukar nak menemui perempuan yang berbaju sendat yang menampakkan apa yang tidak sepatutnya dinampakkan. Sangat berbeza suasana di bandar ini dengan Alamanda dan Bukit Bintang.

Tempat pertama yang kami tuju hasil tinjauan isteri saya di google dan Facebook ialah Bazar Tok Guru. Lengkap dengan nombor kedai menjual tudung yang dilihat di Facebook namun sempat singgah bertanya di kedai lain terlebih dahulu. Selesai urusan tawar menawar dibuat ternyata harga di Facebook tidak boleh melawan dengan kedai orang tiada Facebook. Jadi, jangan jemu bertanya sebelum membeli barang disini.

(Gambar ihsan Uncle Google)
Seterusnya, kami mencari minuman petang disini. Kebetulan, melalui Stadium Sultan Mohamed IV dan suasana sudah mula meriah kerana ada perlawanan bolasepak malam itu. Singgah minum seketika di sebelah Bangunan UMNO Kelantan tiada apa yang menarik. Sangat menyedihkan kerana saya tiada pemandu pelancong dan GPS saya tidak berfungsi dengan baik. 

Hanya berbekalkan peta yang saya ambil di lobi hotel, akhirnya dapatlah saya makan malam di sebuah restoran di Wakaf Che Yeh. Pasar Borong dan Uptown Wakaf Che Yeh ini adalah salah satu destinasi mesti kunjung jika ke Kota Bharu, namun saya tidak dapat pergi kerana semua anak-anak sudah keletihan kerana perjalanan yang cukup panjang.

Keesokkannya hari yang kedua, selepas sarapan pagi dihotel kami terus menuju ke Pasar Siti Khadijah. Suasana di Pasar Siti Khadijah sempat saya rakam dan upload di Youtube.


Berbeza dengan Pasar Payang di Kuala Terengganu, pasar ini nampak lebih teratur. Jika tersesat, senang nak berjumpa semula. Harga barang-barang disini juga sangat memuaskan dan kesempatan ini tidak dilepaskan oleh isteri saya untuk membeli beberapa helai batik sutera dan cenderamata untuk keluarga. Saya juga sempat merakam beberapa gambar yang menarik di pasar ini sebelum saya berangkat menuju ke Kuala Terengganu pula.







Ya, pasti dan pasti saya akan kembali untuk bercuti di Kota Bharu lagi jika ada kesempatan. Suasana yang sangat lain dan perlu sekurang-kurangnya 2 malam disini kerana banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Anda akan berasa selesa di Kota Bharu kerana pemandunya sangat bersopan dijalanraya walaupun sesak dan wanita-wanita di Kota Bharu 80 persen menutup aurat.  

1 ulasan:

  1. wahhhhhhhhhhhhhh...mmg seronok gile gile kalau pi KB. Pernah pi sana, plan cuti 4 hari tapi last menet tambah cuti kecederaan lagi sehari.

    balik kereta sendat naik bukit dah tak larat..hehehe

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...