Bermula cuti sekolah bagi penggal pertama dari 10-18 Mac 2012, saya mengambil peluang untuk membawa anak-anak bercuti-cuti Malaysia. Aktiviti percutian yang sepatutnya pada cuti sekolah akhir tahun tidak terlaksana pada 2011 kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja disamping kenduri kahwin saudara mara disana sini.
Maka, pada 10 Mac 2012 hingga 13 Mac 2012, saya mengambil cuti bagi membolehkan kami sekeluarga bercuti-cuti Malaysia. Destinasi kali ini pantai timur.
Hari pertama seawal jam 5.30 pagi kami telah keluar rumah. Sebelum memasuki tol Gombak kami singgah di Shell Taman Melati untuk solat subuh. Jadi, sangat tidak dialu-alukan utk solat disini kerana ruang solat lelaki dan wanita disekalikan. Sebab kami sekeluarga mudahlah nak solat berjemaah. Kesian pula orang lain yang menunggu.
Perjalanan diteruskan dengan kami terus mendaki lebuhraya Karak. Selepas tol Bentong, kami keluar di simpang pertama dan mula melalui Pekan Bentong dan Raub. Nak tau jalan dihadapan sesak atau tidak, pekan Bentong dan Raub kayu pengukurnya. Jika sesak, maka sesak jugalah didepan. Kata orang lah. Mungkin masih pagi, jadi kenderaan tidak terlalu banyak. Hanya deretan kenderaan yang menunggu lori dihadapan sahaja.
Destinasi pertama kami Machang. Perjalanan dengan sekali berhenti untuk minum di Gua Musang, kami tiba di Machang jam 1.15 petang untuk menikmati makan tengahhari di rumah kenduri kahwin. Seterusnya perjalanan diteruskan dan kami tiba di hotel penginapan kami Crystal Lodge Kota Bharu jam 3.00 petang.
Walaupun dari luar nampak macam hotel bajet, tapi biliknya gaya hotel 4 bintang. Family roomnya sungguh selesa untuk kami 7 beranak. Boleh tambah 2 lagi extra bed. Jadi kepada yang berkeluarga dan ingin mencari hotel, saya sangat mencadangkan untuk anda check in di Crystal Lodge.
Pada bahagian bumbung hotel ini ada kawasan untuk beristirehat menghirup udara segar Kota Bharu dan anda akan mendengar kemeriahan di Stadium Kota Bharu jika malam tersebut ada perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kelantan.
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com