Khamis, Februari 02, 2012

Aku & Penjara Pudu



Assalamualaikum WBT,

Melihat gambar tembok di atas, semua yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur pasti akan mengenalinya. Selain tembok yang dihiasai dengan mural terpanjang di dunia, pintu utama penjara ini pasti akan meninggalkan kenangan pahit dan manis banduan yang pernah melaluinya. Bahkan tidak terkecuali bapa saya yang setiap hari berulang alik keluar masuk melalui pintu ini ke tempat kerjanya.

Ya, disebabkan itu secara tidak langsung penjara pudu banyak meninggalkan kenangan manis buat saya. Kerana disinilah tempatnya saya menghabiskan cuti persekolahan saya sewaktu disekolah rendah. Tapi bukan  dikawasan dalam tembok, hanya bersebelahan dengan tembok (seluruh kawasan berumput didalam gambar dibawah) menjadi tempat permainan saya sewaktu kecil dahulu.

(Klik utk besarkan)
Seluruh kawasan berumput tersebut merupakan kawasan quarters kediaman pegawai dan seluruh warden yang berkhidmat di Penjara Pudu. Sejak ditutup pada 1997 kawasan penempatan tersebut telah dirobohkan dan yang tinggal hanya masjid ini yang menjadi tempat saya belajar mengaji al-quran.

(Klik utk besarkan)
Kedudukan penjara pudu yang berdekatan dengan Stadium Merdeka membolehkan saya hanya berjalan kaki menyaksikan perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Selangor. Begitu juga saya hanya berjalan kaki ke Federal Hotel untuk belajar bermain bowling. Sg. Wang juga masih wujud hingga kini akan tetapi yang menyedihkan, tempat saya mencari spider (utk dilagakan) telah lenyap dgn tertegaknya satu bangunan yang besar kini iaitu Berjaya Times Square.

Memang sangat banyak kenangan manis disitu yang tidak mudah untuk dilupakan dan satu kejadian yang masih tidak dpt dilupakan serta akan bermain diingatan sewaktu hari raya korban. Seekor lembu yang sangat liar untuk dikorban telah terlepas dari ikatan menyebabkan seluruh kawasan quarters penjara pudu meriah dengannya. Mujur berpagar kawasan sekeliling quarters. Jika tidak, mahu sampai ke Sg Wang nak mengejar lembu di hari raya korban.

Kini, semuanya tidak meninggalkan kesan lagi. Saat menaiki LRT melalui kawasan penjara pudu hanya kawasan lapang yang ditumbuhi rumput menggamit memori waktu lalu. Sebahagian bangunan stesen LRT Hang Tuah merupakan padang bola tempat kami menunjukkan bakat.

Begitulah kaitannya antara Aku & Penjara Pudu. Mungkin ramai yang tidak mengenali kerana hanya pada waktu cuti sekolah aku berada disitu. Tapi dengan nama Muhamad Bin Embong atau Cik Mat Embong, jika ada yang berkata anda sebahagian daripada kisah ini, pasti akan mengenalinya. Sayalah anak beliau yang sulong.

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama2/2/12 6:07 PTG

    yeah..aku ingat wan, ko ngan abg Paman je bdk KL kat sekolah time tu...keke

    Arifin SAMSML..

    BalasPadam
  2. semuanya hnya tinggal kenangan sja..

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...