Assalamualaikum WBT,
Melihat gambar tembok di atas, semua yang pernah berkunjung ke Kuala Lumpur pasti akan mengenalinya. Selain tembok yang dihiasai dengan mural terpanjang di dunia, pintu utama penjara ini pasti akan meninggalkan kenangan pahit dan manis banduan yang pernah melaluinya. Bahkan tidak terkecuali bapa saya yang setiap hari berulang alik keluar masuk melalui pintu ini ke tempat kerjanya.
Ya, disebabkan itu secara tidak langsung penjara pudu banyak meninggalkan kenangan manis buat saya. Kerana disinilah tempatnya saya menghabiskan cuti persekolahan saya sewaktu disekolah rendah. Tapi bukan dikawasan dalam tembok, hanya bersebelahan dengan tembok (seluruh kawasan berumput didalam gambar dibawah) menjadi tempat permainan saya sewaktu kecil dahulu.
(Klik utk besarkan) |
(Klik utk besarkan) |
Memang sangat banyak kenangan manis disitu yang tidak mudah untuk dilupakan dan satu kejadian yang masih tidak dpt dilupakan serta akan bermain diingatan sewaktu hari raya korban. Seekor lembu yang sangat liar untuk dikorban telah terlepas dari ikatan menyebabkan seluruh kawasan quarters penjara pudu meriah dengannya. Mujur berpagar kawasan sekeliling quarters. Jika tidak, mahu sampai ke Sg Wang nak mengejar lembu di hari raya korban.
Kini, semuanya tidak meninggalkan kesan lagi. Saat menaiki LRT melalui kawasan penjara pudu hanya kawasan lapang yang ditumbuhi rumput menggamit memori waktu lalu. Sebahagian bangunan stesen LRT Hang Tuah merupakan padang bola tempat kami menunjukkan bakat.
Begitulah kaitannya antara Aku & Penjara Pudu. Mungkin ramai yang tidak mengenali kerana hanya pada waktu cuti sekolah aku berada disitu. Tapi dengan nama Muhamad Bin Embong atau Cik Mat Embong, jika ada yang berkata anda sebahagian daripada kisah ini, pasti akan mengenalinya. Sayalah anak beliau yang sulong.
yeah..aku ingat wan, ko ngan abg Paman je bdk KL kat sekolah time tu...keke
BalasPadamArifin SAMSML..
semuanya hnya tinggal kenangan sja..
BalasPadam