Selasa, Januari 24, 2012

Nafsu Muka Buku

Assalamualaikum WBT,


Kita berkenalan hanya dalam laman mukabuku,
Kai hantar petanda suruh aku terima kamu,
Ooooo...
Fitnah dunia atas ku...
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku,
Ku gelisah rasa bersalah hati tak menentu,
Ooooo...
Oh Tuhan bantu aku...

Bagaimana harus bersua,
Ku rasa lebih baik kita lupakan saja,
Kau dan aku,
Masih muda remaja,
Tak perlu memikirkan cinta sahaja,

Banyak persoalan yang berada diminda,
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja,
Nafsu kata apa salah kau terima dia,
Iman kata lebih baik kau tinggal saja,
Banyak dosa banyak juga kemungkarannya,
Hati dan rasa tak dibiar saja,
Daripada terjebak dalam perangkapnya,
Harus elakkan semuanya dari mula,

Pabila kau cuba bermanis kata padaku,
Ku rasa sesuatu rasa yang tak diperlu,
Ooooo...
Ini cinta penuh nafsu,
Dan pabila kau katakan kau suka aku,
Ku terdiam terkedu tapi kata imanku,
Ooooo...
Itu hanya cinta nafsu,
Nafsu di Muka Buku...

Bagaimana harus bersua, Ku rasa lebih baik kita lupakan saja,
Ini semua mainan nafsu hanya, Yang sentiasa dibisikkan pihak ketiga,

Jika kau cintakan aku,
Jumpalah waliku...

(Jadilah lelaki yang beriman, Jangan menggoda dia, Jumpalah walinya)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...