Assalamualaikum WBT,
Hari ni rasa teruja nak menulis tentang hobi terbaru sesuai dengan peningkatan usia ni ;). Beriadhah sambil berbasikal. Satu aktiviti yang paling menjimatkan wang ringgit. Berbeza dengan aktiviti lain yang pernah saya ceburi, berbasikal hanya mengeluarkan modal permulaan dan seterusnya hanya perlu sebotol air mineral yang dibawa dari rumah dah boleh berkayuh sejauh yang terdaya.
Untuk permulaannya saya dengan angin yang terseberapa saya terdaya juga untuk mengayuh sejauh 12 kilometer pergi dan balik dari rumah saya di Kg Dato Ahmad Razali Dengkil hingga ke Kompleks Sukan Air Putrajaya. Lihat rakan saya yang keletihan setelah berjaya mengayuh sejauh 6 km.
 |
Letih betul ni. |
Banyak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah sukan air. Dan tempat ini juga menjadi pilihan ramai photographer untuk mengambil gambar kerana pemandangannya sangat menarik.
 |
Pasangan pengantin |
 |
Gaya profesional |
Kalau mula-mula berkayuh berhenti setakat 6km berehat dan patah balik kerumah, kini setelah dah ada angin sikit kami dah mampu berkayuh 15-20 km tanpa henti. Sudah tentu destinasi kami sekitar Cyberjaya dan Putrajaya. Jika ramai riders dari luar bersusah payah membawa basikal dengan berkereta untuk datang kesini, kami tidak perlu begitu. Keluar rumah dengan berbasikal dan terus berkayuh mengikut kemampuan kami. Dan sudah tentu bukit halangan adalah yang paling mencabar.
 |
Di hadapan Palace of Justice |
 |
Di hadapan MOF |
 |
Kayuhan diwaktu malam |
Jika kayuhan diwaktu petang (selepas asar) mempunyai waktu yang terhad kerana saya akan pastikan untuk berada dirumah setengah jam sebelum maghrib, aktiviti kayuhan di waktu malam (selepas isyak) memberi kami masa yang lebih panjang dan mampu untuk berkayuh lebih jauh lagi. Pada yang belum dan teringin nak berbasikal, saya sangat menggalakkannya. Ini adalah aktiviti sihat dan anda tidak akan jemu dengannya. Kini, boleh dikatakan setiap malam (kecuali hujan) anda akan melihat puluhan riders berbasikal di sekitar Putrajaya. Jom berbasikal.
kpah tak pandai kayuh beskal...heee
BalasPadamSalam bro!
BalasPadamSaya pun baru beberapa bulan beli basikal... tapi basikal sekarang tak macam basikal kita masa kecik-kecik dulu (BMX, Reighley/Rengley ke...)
Basikal sekarang cepat rosak. Baru pakai sebulan, dah bocor tiub... Nak hantar repair, kedai basikal jauh bangat...
salam wan dengkil...lama tak berkunjung...
BalasPadamaktiviti yang terbaeekkk...
Kpah : Parah tu.
BalasPadamBG : Alhamdulillah dah nak masuk 4 bulan dan dah beratus kilometer jalan still ok lagi tayar ni.
Sham : Dtg sini calling2 la.
ada spare part murah tak? saya punye rim blakang dah bengkok..nomad mtb 26". 18 speed
BalasPadamTgk kat sini http://bicyclebuysell.com Macam2 ada.
BalasPadamberbasikal ni bagus...tapi bahaya betul kalau kayuh kat jalan besar. risiko sangat tinggi, pemandu malaysia ni semua baik-baik dan skilfull hehehe...tu dah ada yang kena langgar lari.
BalasPadamjalan raya kita tak sesuai dgn aktiviti berbasikal ni...sbb takde laluan pejalan kaki dan berbasikal...nak mati cepat pegilah kayuh kat jalan besar...