Selasa, Julai 19, 2011

Tahajjud Cinta menghina Islam?

Assalamualaikum WBT,

Sedang merayau-rayau di Facebook tiba-tiba terjumpa page ini dan ini. Saya belum lagi menonton cerita ini dan tidak boleh untuk membuat kupasan lanjut. Cuma dari video yang dipaparkan di page tersebut terasa pelik bagaimana seorang wanita muslimah yang berniqab boleh berkeadaan demikian. Sangat tidak logik dan tidak masuk akal. Apa yang cuba dipaparkan jelas menyimpang dari keadaan sebenar wanita yang berniqab dan secara tidak langsung mungkin akan mencemar imej wanita berniqab. Mungkin si pengarah ada ulasan lanjut. Namun, tentangan secara terbuka sudah mula diutarakan. Insya Allah saya akan cuba untuk mengikuti cerita ini dan akan ada ulasan lanjut nanti.

2 ulasan:

  1. ye ke? tak pernah tengok cerita ni. tapi rasanya agak famous juga

    BalasPadam
  2. saya pernah tgk citer ni 1 episode...ustaz tu kahwin 4...pastu org kg hormat dia macam keberkatan terletak di tangan dia...ustaz yg menggunakan title ustaz untuk menjadikan anak dara yg cantik sebagai bini dia..........setakat b=ni citer dia agak x logik...kalau org bukan Islam tgk xtau pikir ape

    BalasPadam

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...