Selasa, Julai 19, 2011

Serius Lawak ‎​ƗƗɐƗƗɐƗƗɐƗƗɐ ... ;)

Assalamualaikum WBT,

Kisah 1
Seorang cikgu masuk ke kelas dan murid-murid pun bangun serta ucap selamat.
Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Knp slmt pagi je? Petang Dan malam awak doakan saya tak slmt?
Murid : Slmt pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sgt! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa Dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.
Murid : (senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : BARISAN NASIONAL!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
Cikgu : Oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata BARISAN NASIONAL salah!
Murid : Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu : Bangang kamu in!
Murid : Cerdik kami TU!
Cikgu : Rosak!
Murid : Baik!
Cikgu : Kamu semua ditahan tngh Hari ini!
Murid : Dilepaskan tngh malam itu!
Cikgu : (Snyp & mengambil buku2nye keluar)
Keh keh keh keh...

Kisah 2
Saleem menaiki bas dan duduk di sebelah ibu muda yang cantik dan seksi. Kebetulan ibu muda itu baru mulai hendak menyusui bayinya. Tapi ketika si ibu muda hendak menyusui, si bayi menolaknya.

Si ibu muda berkata, "cepat sayang minum, nanti mama bagi dekat uncle di sebelah."

Sepuluh minit kemudian si bayi masih saja tidak mahu menyusu.

Si ibu muda memujuk lagi, "cepat sayang minum susu mama. Nanti mama bagi dekat uncle di sebelah. Mama bagi betul-betul ni."

Tiba-tiba Saleem berkata kepada si ibu muda, "saya nak bagitahu dekat puan, cepat sikit buat keputusan. Saya sepatutnya sudah turun di 4 perhentian sebelumnya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda mungkin tidak akan disiarkan kerana blog ini telah berpindah di http://azwandengkil.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...